Wednesday, September 15, 2010

Jangan biarkan keganasan berleluasa.

Salam untuk semua rakyat Malaysia yang sedang masih lagi bergembira kerana menyambut hari lebaran iaitu hari Raya Aidil Fitri. Sambutan ini bukan saja disambut oleh satu bangsa atau agama sahaja malah disambut oleh semua kaun di Malaysia. Itu adalah kelebihan kita yang boleh berada dalam satu tempat  walaupun berbagai warna...

Tuan-tuan dan puan-puan, Kegembiraan kita sedikit tercalar oleh satu kejutan tentang kes pembunuhan yang berlaku keatas empat orang yang tidak berdosa telah dibunuh dengan begitu kejam. Yang membunuh mereka sudah pun ditangkap dan pengumpulan bukti sedang dilakukan untuk pendakwaan. Mereka ini terdiri orang yang bukan bodoh ,mempunyai ilmu yang tinggi dan berpengetahuan lebih berbanding dengan orang-orang biasa.Mengapa mereka sanggup membunuh sekali gus empat orang dalam satu masa tidak terfikirkah oleh mereka bahawa perbuatan mereka ini boleh pecah oleh kecekapan pihak polis kita. Sekarang kegembiraan dan kerakusan mereka mengumpul harta dengan rakus dan cara yang salah telah terburai. Walaupun sebelum ini perbuatan yang dilakukan sangat berjaya dan tertutup rapi. Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat suatu ketika jatuh ketanah juga. Bangkai gajah tidak terlindung dengan hanya ditutup dengan daun nyiru. Kini mereka dalam kegusaran, nampak kesedihan dan berhadapan dengan hukuman yang berat

Berani buat beranilah tanggung, harapan kita agar proses kehakiman dan undang-undang dapat dijalankan dengan betul dan adil . Jangan benarkan dimana-mana kelemahan undang-undang dipergunakan oleh mereka ini untuk melepaskan diri kerana mereka ini orang yang mahir undang-undang buka orang biasa. Jangan biarkan juga harta dan wang ringgit dapat membeli hukuman agar diringankan atau dilepas bebas begitu sahaja. Kepercayaan dan keyakinan terhadap undang-undang akan menjadi cacian sekiranya yang patut dihukum boleh terlepas.

Tuan-tuan dan puan-puan.. Rakyat Malaysia yang dikatakan penyayang boleh dipertikaikan dengan kejadian ini dan beberapa kejadian jenayah ganas yang melibatkan pembunuhan insan yang tidak berdosa. Orang perempuan dan tidak terkecuali kanak-kanak. Apakah kini ada dikalangan kita rakyat Malaysia mempunyai pertimbangan yang rapuh atau otak yang solah-olah gila. Sanggup membunuh cuma untuk mendapatkan sedikit barang berharga yang tidak senilai dengan nyawa manusia. Kejadian -kejadian ini perlu diberi perhatian khusus. Pihak berkuasa perlu membuat pemantaun terhadap individu-individu yang mencurigakan akan aktiviti meraka. Tengok-tengok secara rawak orang-orang yang memiliki kekayaan yang berlebihan yang tidak setara dengan pendapatan. Bimbang kegiatan jahat mereka ini berlarutan terlalu lama hingga banyak mangsa yang terkorban.

Oleh itu gunakan otak yang waras yang tuhan berikan kepada kita sebaik mungkin untuk berfikir pada jalan yang benar sahaja. Ikhtiarkan dengan  yang betul jangan sekali-kali cuba mengambil akal yang merosakkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri seolah-olah kita sahaja yang patut kaya,kita saja yang patut senang orang lain perlu kita korbankan untuk kesenangan kita. Ini dipanggil hukum rimba .hukum rimba cuma dipakai dan dipergunakan untuk binatang sahaja. Apakah kita manusia sebaik-baik kejadian sama taraf dengan haiwan atau binatang. Oleh itu fikir-fikirkanlah sesuatu kejahatan tidak akan boleh diselindungkan dalam masa yang lama suatu ketika akan pecah juga...Masa itu barulah kita tahu langit itu tinggi atau rendah......

No comments:

Post a Comment