Saturday, September 4, 2010

Renungan untuk guru

Salam untuk semua rakyat Malaysia yang sedang kalut kibuk dalam membuat  persiapan terakhir bagi sambutan hari lebaran  Hari Raya Aidilfitri.Salam sejahtera juga untuk semua kaum lain yang sudah pasti menerima keuntungan dalam perniagaan atas belian yang bertambah berkali ganda sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri. Pendek kata semua orang menerima faedah dari kehidupan yang aman dan harmoni ini.


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, kita semua patut bersyukur kepada Allah SWA dan banyak-banyak terima kasih kepada kerajaan kita Malaysia yang begitu prihatin dan cekap mentadbir negara yang memberi banyak faedah kepada kita semua terutama kakitangan awam. Baru-baru ini kerajaan kita memberi wang sebanyak rm500 untuk kurangkan beban tanggungan perbelanjaan bagi menyambut hari raya. Biarpun rm 500 tidak dikatakan sebanyak mana tetapi sudah tentu lebih baik dari tiada langsung.

Jadi atas jasa-jasa yang begitu banyak lihat disekeliling kita. Kita hidup senang sekarang ada kereta ada rumah batu. Kereta bukan sebuah tetapi tiga buah berbanding dengan dulu tinggal di rumah usang dan buruk . Makan tidaklah sesedap mana dan pakaian yang lusuh dan buruk. Kini masing masing bergaya dan cukup gembira dengan kehidupan kini. Tetapi yang menjadi tanda tanya mengapa kebelakangan ini ramai antara kakitangan awam kita yang mempunyai kecenderungan untuk menentang arus tidak menyokong kerajaan yang ada yang telah banyak berjasa kepada kita. Terutama dikalangan guru. Guru kini tidak seperti guru dulu semasa perjuangkan kemerdekaan . Gurulah yang banyak berjasa dan mengambil peranan dalam mencatatkan sejarah negara kita mendapat kemerdekaan. Tetapi guru kini tidak lagi mereka ini suka bercakap atas dasar suka memburuk-burukan kerajaan. Semua yang kerajaan buat tidak betul. Suka melihat yang buruk dari yang baik. Yang baik dan benar cuma pada tarikh 25 haribulan iaitu hari gaji. Dan juga hujung tahun dapat bonos serta kalau ada pelarasan gaji. Masing-masing nampak cukup gembira sekali.



Wahai guru-guru yang budiman, renung dan kenanglah sedikit jasa kerajaan kita ini. Gaji guru sekarang cukup tinggi dan banyak, kerja tidaklah sesukar dulu. Sekarang ini banyak peralatan canggih yang dapat membantu dalam pembelajaran. Kenapa kita perlu lawan.? Janganlah berani cuba-cuba untuk beralih angin bertukar selera untuk memberi laluan kepada kerajaan baru. Saya bimbang pepatah mengatakan kejar burung terbang dan tinggalkan kura-kura di kaki atau bila dengar guruh di langit air dalam tempayan di curahkan. Bimbang kalau-kalau sesuatu yang baik ini akan bertukar menjadi lebih buruk



Tuan-tuan boleh membuat renungan dan perbandingan kerajaan yang ada dengan Pakatan rakyat. Siapa yang lebih kuat mempertahan hak orang melayu. Kita kena ingat Malaysia ini dulu namanya Tanah Melayu jadi dari segi namanya pun cukup membuktikan bahawa tanah ini hak kita. Oleh kerana sudah ditakdirkan kita berkongsi dengan kaum lain tidak bermakna kita perlu beri hak sama rata. Sedikit kelebihan bagi tuan punya tanah. Dalam apa hal pun tuan punya mesti haknya lebih sedikit.Nampaknya PR memain isu ini sudah tentu sedikit sebanyak mendapat sokongan dari kaum lain yang sentiasa terkilan dengan hak keistimewaan orang melayu. Sekiranya tuan-tuan membuat sokongan yang salah kita akan menyesal seumur hidup. Cukuplah dengan singapura yang telah kita lepaskan kepada kaum lain dan orang melayu di singapura hilang kuasa dan menempel sahaja seperti melukut di tepi gantang.

Oleh itu tuan-tuan sila buat pilihan yang tepat tengok-tengoklah pemimpin mana yang lebih baik. Saya pun hairan kenapa ada kecenderungan rakyat Malaysia memilih pemimpin yang ada rekod rosak moralnya. Ada pemimpin yang ada skandal menjadi pilihan. Ada yang bercakap saja kerja tidak buat. Ada yang bercakap ikut masa dan keadaan. Dulu tidak boleh sekarang boleh lagaknya seperti sesumpah yang boleh berubah warna ikut situasi setempat yang ia hinggap.Apakah rakyat Malaysia kini sudah boleh terima orang bermoral rendah itu lebih baik dari orang bermoral tinggi.

Tuan-tuan, akhir kalam selamat berpuasa dan berhari raya dan sama-samalah kita berdoa agar negara kita Malaysia tercinta ini akan dilindungi oleh Allah SWA dari segala bencana kerana kita dan anak cucu kita hendak menumpang hidup di dalamnya.

No comments:

Post a Comment