Wednesday, December 29, 2010

PAS SUDAH TIDAK LAYAK LAGI PERJUANGKAN ISLAM.

Salam untuk semua rakyat Malaysia.....

memulakan langkah cerita yang bertajuk seperti diatas banyak perkara yang akan diperkatakan terhadapa sebuah parti yang mengelarkan dirinya pimpinan ulamak yang dakwa mereka pewaris nabi. Parti PAS sebuah parti islam semalaysia yang dikatakan tulin dalam memperjuangkan dan menegakkan hukum islam mengikut alquran dan hadis. Dari dulu mereka berjuang atas alandasan ini....pada kemuncaknya aura mereka iaitu pada tahun 80 an...Cukup-cukup hebat aura mereka bukan saja dibumi malah mungkin sampai ke langit.
Mereka telah banyak mengeluarkan fatwa.....Pada masa itu Hj Hadi adaalah orang sangat petah bercakap dan hadis dan ayat seperti peluru keluar dari mulut mereka.....kesannya berlaku perpecahan yang amat teruk sekali umah islam bepecah belah yang begitu kalut....kejadian yang agak janggal berlaku seperti sembahyang dua imam, sembelihan tidak halal dimakan ,akad nikah tidak sah dan macam-macam lagi.....

ketaksuban pengikut dan penyokong begitu kuat jadilah umat islam berpuak-puak.....yang sampai sekarang masih lagi memberi sokongan yang semakin padu dan tidak bebelah bagi....kesan dari itu juga timbul juga isu kafir mengkafir sesama islam mereka mendakwa mereka  adalah lebih islam dari yang lain. Sedangkan UMNO juga islam tetapi yang lebih resional dan sederhana. UMNO dikatakan tidak menjalankan hukum hudud yang sepatutnya dijalankan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara islam.....Pada hal mereka sendiri tidak berupaya merealisasikan hukum itu di negeri yang mereka perintah hanya sekadar membuat draf hudud yang sekarang ini senyap sunyi entah kemana....Tetapi mereka tetap terapkan pada penyokong mereka bahawa mereka inginkan hudud. Dan Hudud dijadikan senjata alasan buat penyokong mereka tetap menyokong atas alasan UMNO tidak buat hudud.....

Sekarang ini Parti PAS sudah kehilangan arah hala tuju dan perjuangan asal sudah berkecai. Mereka setelah berlaku PRU 12 titik permulaan mereka berubah yang mana mereka sudah berada dalam kumpulan PR kerana ingin berpakat berkongsikuasa dengan dua buah parti lain iaitu DAP dan PKR demi untuk memerintah sejak itulah PAS sudah punah teruk segala yang dilakukan oleh DAP yang bukan islam dipertahankan oleh pemimpin PAS...seperti tazkirah dalam rumah Allah oleh orang kafir dibolehkan....berarak untuk sambutan maulidur rasul tidak dibenarkan di Pulau pinang.....PAS pertahankan ini semua demi menjaga hati orang bukan islam DAP. Kononnya dengan berbuat demikian mereka dapat memenangi hati orang cina bukan islam untuk masuk islam. Mereka tidak tahu itu ada permainan politik halusan saja dari DAP.PAS sebenarnya sudah digula-gulakan oleh DAP yang ingin meraih sokongan dari orang islam.

Sekarang ini PAS sudah jadi terlalu moden hingga boleh melakukan sesuatu yang pelik dan luar biasa...Semua yang dulunya dikatakan tidak boleh dijadikan cara hidup sudah boleh...Sekarang ini PAS menganjurkan konset untuk sambutan tahun baru dengan membawa pemuzik dalam membuat persembahan. PAS sudah benarkan bermain wayang kulit sedang dulu ini semua tidak boleh.... Jadi PAS bukan lagi memperjuangkan islam tetap sudah becampur baur dengan maksiat......

Oleh itu atas dasar ini maka PAS tidak layak disokong dan perlu dijauhi kerana mereka ini membawa kearah yang tidak dianjurkan oleh islam.

Thursday, December 2, 2010

Anak Sufi: KOTA BAHRU MEMPAMERKAN KELEMAHAN TADBIR URUS PAS?

Anak Sufi: KOTA BAHRU MEMPAMERKAN KELEMAHAN TADBIR URUS PAS?: "SETIAP HARI BILA KITA BACA HARAKAH, KITA AKAN MEMBACA PELBAGAI ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PR SEOLAH-OLAH MEREKA INI LAH YANG PALING BIJAK ME..."

Thursday, November 18, 2010

Pakatan Yang Gila kuasa.

Tuan-tuan dan puan -puan yg diberkati Allah SWA .....Dlam suasana masih lagi kita merayakan hari raya Quban ini terpanggil saya untuk membuat catatan dan mengajak tuan/puan merenung agar menjadi sedikit teladan pada tuan/puan. Apa yang saya maksudkan ialah kelihatannya pihak pembangkang semakin hari semakin agresif dalam apa jua tindak tanduknya. Seolah-olah gila amat untuk memastikan kuasa memerintah negara secepat mungkin berpindah kepada mereka.

Mereka ini kelihatan amat terdesak tambahan pula semakin ramai yg hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti terutama PKR. Sehingga seorang demi seorang mengucapkan selamat tinggal kepada Parti yang penuh dengan kecelaruan ini. Terbaru Zaid Ibrahim telah mengumunkan keluar dari pertandingan merebut jawatan timbalan dan meninggglkan semua jawatan yang dipegangnya. Ini adalah kerana parti keadilan adalah tidak serupa namanya, penuh dengan tidak adil dan penipuan. Mereka mahu apa jua keputusan pengundian adalah mengikut apa yang mereka rancangkan dan sebagaimana kehendak mereka. Mereka telah rancangkan siapa yang perlu menjadi timbalan jadi apacara sekali pun mereka buat...agar agenda politik mereka menjadi kenyataan. Ibaratnya perlawanan bola sepak yang telah dirancangkan kemenangannya.

Oleh itu tuan/puan pada sesiapa jua yg berhajat bertanding dalam mana-mana pemilihan jawatan dalam PKR ini cermin-cerminlah diri dulu...adakah orang nombor satu setuju atau tidak Kalau bukan pilihan orang nombor satu jangan haraplah buat sakit hati dan buang masa saja. Satu lagi sifat buruk orang no satu PKR ini adalah amat tidak senang dengan kejayaan Malaysia dalam menguruskan negara. Ada-ada saja tidak berkenan dimatanya. Apatah lagi sekiranya ada pembesar negara lain memuji kejayaan Malaysia marah bukan kemain hingga seolah-olah kena sawan babi. Malah ditambah dengan fitnah-fitnah yang tidak berkaitan hinggakan seolah-olah Malaysia berlaku zalim kepada pembakang. Dan yang paling menakutkan kelihatannya seolah-olahnya sikap kalau tak dapat biar musnah sama-sama rugi....maksudnya kalau tak dapat kuasa biarlah negara ini hancur dibuatnya.
Keadaan ini sangat menakutkan mereka sanggup berjanji apa saja, asalkan dapat sehingga sabah sarawak akan dijanjikan kemerdekaan jika PR menang. Adakah ini munasabah?...Ini perbuatan orang gila...Gila kuasa.

Oleh itu tuan/puan jangan sokong puak-puak PR ini. Janganlah perjudikan nasib kita dan yang paling penting nasib anak cucu kita nanti. Bayangkan apa akan jadi sekiranya Malaysia diperintah oleh puak-puak ini. Saya pasti demokrasi pasti musnah. Hari-hari mengundi adalah hari yang tidak bermakna dan tidak bekesan lagi. Ini adalah kerana puak-puak penipu ini akan mengatur keputusan agar mereka kekal jadi pemimpin......Akhir kata marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWA lindungi negara kita dari kejahatan puak-puak munafik ini.....

Sunday, October 31, 2010

Wahai orang-orang yang perasan alim.

Salam untuk rakyat malaysia yang kini kalut kibok dalam menjalani kehidupan seharian dan tidak lupa mengikuti aliran perkembangan politik negara. Sehari dua ini kita sedang menghadapi perang pilihan raya kecil Galas dan Sapi dengan tenang dan teliti.

Dua pilihan raya ini didakan serentak walau pun tarikh serupa tapi tidak sama. Tuan-tuan mari lah kita renungi pilihan raya Galas yang mana kawasan ini dikosongkan oleh wakil rakyat PAS yang terlalu awal telah kembali kerahmatullah. Tanpa meninggal jasa kepada rakyat galas yang boleh dibuat ubat selek kemata. Yang ditinggalkan ialah dua orang isteri dan sedozen anak-anak.

Tuan-tuan... perlu ketahui dan renungi bahawa parti yang paling da'if dalam menjalankan pentadbiran sebuah kerajaan ialah Parti PAS mereka ini tidak berbuat apa-apa yang boleh dibanggakan dan boleh dikira cemerlang. Jangankan bangunan 100 tingkat sebuah masjid yang boleh dikatakan agak cantik sedikitpun mereka tidak buat. Pada zaman nabi muhammad Saw perkara yang mula-mula dibina bila nabi sampai kesuatu tempat ialah masjid. Tetapi puak -puak berserban dan berkopiah putih ini seperti burung cakbul ini tidak berbuat apa-apa selain mengaku islam lebih dari orang lain. Orang lain semua dangkal mereka sajalah yang bertimbung dengan ilmu. Sedangkan semakin banyak seseorang itu ilimu dia rasakan belum mencukupi tetapi puak-puak perasan ini ada sedikit ilmu sudah terasa sangat banyak hingga sanggup memperlekehkan orang lain. Sedangkan ilmu Allah itu sangat banyak...kiranya dicelup jari didalam lautan yang luas . air yang lekat dijari itu ibarat ilmu manusia dan yang ada dlam laut itu ilmu Allah. Berap kali gandakah tuan-tuan. Tetapi mereka ini sangat perasan mengatakan mereka ini banyak ilmu dan menggelarkan diri sendiri ulama.

Tuan-tuan...Satu lagi kelemahan puak-puak ini ialah lidah yang bercabang ibarat lidah biawak atau ular. Tapi yang paling tepat ialah lidah biawak lah. Dulu mereka ktakan bersekongkol dengan orang kafir tidak boleh. Kenapa sekrang boleh... Sibodoh ini telh berubah sikap sekelip mata padahal pemimpin yang sama dulu kata tidak boleh sekarang kata boleh. Jadi puak-puak ini wajarlah digelar puak-puak sekupu dengan biawak. Tetapi harus diingat lidah biawak itu sudah azali lagi Allah cipta semacam itu.Biawak tidak bersalah dalam soal lidah ini. Tapi orang yang cakap bohong dan berbelit belit ini kita panggil atau gelarkan lidah biawak. Oleh itu tuan-tuan perlu buat kajian semula akan pendirian tuan-tuan menyokong puak-puak biawak ini.

Kedua, mereka semua ini dilahirkan tamak campur bakhil lebih dari haji bakhil dalam tv. Mereka ini bukan banyak memberi tetapi mereka ini lebih suka menerima. Padahal mereka tahu tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah. Sebab itu lah YB-YB dari kumpulan ini tidak banyak masalah kerana mereka tidak akan ambil tahu atau terus kata tidak kepada masalah rakyat yang melibat kan wang ringgit. Dengan alasan mereka tiada peruntukkan kerana cuma memerintah sebuah negeri saja tambahan pula negeri yang miskin mcam mana nak bagi peruntukkan. Berbeza dengan YB_YB BN mereka ini selalu didatangi rakyat yang kesempitan wang dan sedaya upaya mereka akan tolong. Sekali lagi tuan-tuan kena kaji semula sokongan tuan-tuan kepad puak-puak bakhil dan kikir ini.

Ketiga... Saya nampak mungkin tuan-tuan juga nampak mereka ini semuanya kurang berkesan dan tidak bijak danpintar dalm merancang masa depan negeri yang diperintah. Kira hanyut bersama masa yang berlalu danterus berlalu..hingga kini 19 tahun memerintah tiada apa yang dibuat dan dirancang. Kalau ada pun usaha untuk memastikan kesinambungan kuasa agar tidak terlepas ketangan orang lain. Dalam pada itu kumpul-kumpullah harta kira sebanyak mana mungkin yang dapat,

Saya berharap dengan penerangan ini tuan-tuan buatlah keputusan yang terbaik. Tinggalkan puak-puak biawak ini agr kita dapat membangunkan negara kita dengan lebih baik dan rancak lagi ...
Sekian wassalam

Pilihan raya kecil N45 Galas.

Salam satu Malaysia..untuk seluruh rakyat Malaysia, yang sedang besenang lenang sedangkan negara jiran kita kerap kali ditimpa bencana. Itu memberi makna dan erti bahawa negara kita adalah dibawah perlindungan yang maha berkuasa yang memiliki alam ini dan segala isinya. Baik tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.Menerima rahmat yang tidak terhingga.

Syukur yang amat sangat...
 Tuan-tuan dan puan-puan...takkala ini satu dan dua perkara yang rancak dijal;ankan ialah pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi... Harap-harap semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras dapat membuka minda dalam membuat pertimbangan yang mana baik dan yang manaburuk yang banyak berjasa dan yang mana tidak dapat berbuat apa-apa cuma memerintah secara biasa-biasa saja sampai bila-bila jika parti ini terus memerintah.

Sebenarnya di Kelantan cukup tepat Pas memerintah secara biasa-biasa saja sehingga kini 20 tahun memerintah. Jangan nak buat bangunan 100 tingkat buat sebuah masjid pun tidak. Betul-betul tiada apa-apa cuma yang yang menjadi lolongan yang kini kian pudar ialah Membangun bersama islam. Sudah senyap dan langsung tidak bekesan. Mereka ini sangat rakus, kedekut , bakhil , tangkai jering serta kikir dalam membelanjakan harta. Masing-masing tamak mengumpul harta.

Mereka ini berfikiran sempit langsung tiada idea dan ilham untuk berdiri diatas kaki sendiri demi memajukan negeri kelantan. Mereka ini ibarat seorang penagih dadah tegar mendapat harta pusaka yang banyak. Mereka ini tahu menjual dan menjual... Tanah-tanah di ulu kelantan habis diratahnya. baik yang diteroka oleh rakyat mau pun yang belum atas jenama ladang rakyat. Ladang rakyat adalah projek selindung untuk mengeluarkan balak. Projek ini tiada perkembangan langsung samaada untung ke rugi sebab tanah-tanah ini diberi sepenuhnya kepda syarikat asing atau syarikat dari luar. Seolah-olah mereka menggadaikan tanah bumi kelantan ini kepada orang luar termasuk orang singapura. Bukan dalam jangka masa yang singkat tetapi hingga 99 tahun...

Tuan-tuan.... saya memohon sedarlah bahawa jangan tertipu oleh pakainnya yang nampak sangat elok dan warak... Pilih lah yang boleh buat kerja. mereka ini sangat bodoh hendakkah tuan-tuan berpemimpinkan  orang yang bodoh. Nanti saudara-saudara juga dikatakan bodoh... Mereka ini bukan ada idea untuk mem,bina tetapi mengkritik dan memfitnah. Kalau orang nak buat kemajuan ada-ada saja kritikan dan fitnahnya itulah inilah. Padahal dia tak buat apa-apa pun... yang boleh dibanggakan.
Pilihlah kerajaan Barisan Nasional yang terbukti banyak berjasa kepada negara kita sejak merdeka hinggaalah kesaat ini....Puak-puak pembangkang sangat buruk perangainya. DAP anti Melayu, PAS kambing hitam DAP, Keadilan penuh dengan kejadian memalukan terutamanya liwat oleh pemimpin besarnya....

Oleh  itu fikirlah pilih lah kerajaan yang bewibawaa...Akhir kata saya berdoa kepada Allah agar selamatkan negara kita Malaysia ini dari puak-puak penghianat dan pembuat kerosakan di atas muka bumi Allah ini.

Monday, October 11, 2010

Penghianat Bangsa dan Negara

salam untuk semua rakyat Malaysia...Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
 Tuan-tuan dan puan -puan saya tertarik untuk meluahkan perasaan terbakar saya pada mereka-mereka yang  sangat rakus memakan rasuah. Yang terpapar didada akhbar  beberapa hari lalu. Iaitu ada penguat kuasa imegresen yang menjalankan aktiviti memakan rasuah, umpama seekor anjing memakan najis.Terlalu rakus mereka ini memakan rasuah dengan begitu banyak, Puak-puak kera ini patut dihumbang keneraka jahanam sesuai dengan dosa-dosa yang mereka laku. Mereka ini soalah tiada agama malah tiada tuhan serta malaikat yang memerhati segala tingkah laku dan perbuatan jahat ini. Tidak malu kah mereka pada Allah dan malaikat yang sentiasa memantau setiap saat dan ketika apa yang mereka lakukan.
 Sekarang ini baru mereka tahu langit itu tinggi atau rendah, nampak malu sangat-sangat dengan cuba menyembunyikan muka kera mereka.Puak -puak ini memang tak boleh diharap langsung harapkan pagar pagar makan padi.Boleh juga di gelar puak-puak sikitul yang jadi pembelut hingga orang asing bebas keluar masuk kenegara kita ini. Disuruh buat kerja gaji diberi main rasuah lagi.

wahai puak-puak kera yang makan rasuah...kemanakah duit rasuah mu itu kamu belanjakan. Kamu beri makan pada anak bini kamu itu. Tergamak sungguh kamu membesarkan anak-anak dan bini kamu dengan duit haram. Sedangkan setiap inci daging yang tumbuh oleh duit haram akan dijejaki api neraka dan membakarnya.. Kamu yang bertanggungjawab. Akan disoal jawab dihadapan Allah suatu hari nanti.Tidak takutkah kamu???

Wahai puak-puak sikitol janganlah kamu harapkan anak-anak kamu yang kamu besarkan dengan duit rasuah itu akan jadi orang baik-baik  apalagi orang yang soleh. Kamu lihatlah nanti anak kamu akan menjadi orang jahat yang tidak berguna. Kamu pasti hairan anak orang sebelah semuanya menjadi baik-baik belaka. Sedangkan anak kamu menjadi iblis jadian. Masa tu kamu akan fikir kembali ingat kembali apa yang kau suapkan ke mulut anak mu sehinnga terbentuk tubuh badan urat saraf tulang belulang dari duit haram. 

Tuan-tuan dan puan-puan bukan saja jabatan imigeresen saja yang terlibat dengan rasuah. Semua jabatan yang melibatkan penguatkuasaan dan berurusan dengan orang ramai adalah penerima rasuah yang aktif. JPJselalu mengejar lori yang muatan lebih untuk elak disaman dan bayaran kompaun terus beri rasuah.. Seolah-olah puak-puak ini yang bergaji dan berunifom ini adalah pasukan pengutip peras ugut iaitu pemeras berunifom  dan bertauliah. Puspakom juga tidak kurang amalan rasuahnya.satu kereta rm 30 atau rm40. Boleh lulus pemeriksaan berkala. Kereta buruk pun boleh lulus dengan selesa  asalkan ada rasuah. Masa hendak buat pemeriksaan kereta. Tuan punya kereta kena letak wang dalam laci , jangan bagi nampak duit itu kerana kalau duit nampak tak ambil takut bos nampak. Begitu juga dengan penguatkuasa yang lain. Cogan dan missi serta vissi hebat rasuh sifar pada hal disebalik itu penuh dengan dosa rasuah.

Jadi tuan-tuan penerima rasuh , tolong hentikanlah. Kalau ikutkan nak duit banyak siapa-siapa pun nak duit banyak. Tapi berpada-padalah. Duit banyak pun tak cukup tak berkat tambahan pula duit hasil haram.

Thursday, September 30, 2010

PILIHLAH PEMIMPIN YANG BAIK DAN BIJAK.

salam untuk semua rakyat Malaysia yang berada dalam aman dan damai.Menghirup udara yang nyaman di bumi tercinta ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, satu peristiwa telah berlaku tidak beberapa hari yang lepas iaitu YB dari Parti PAS iatu ADUN Galas telah kembali keasalnya iaitu dari tanah kamu datang kepada tanah lah kamu kembali. Disana dialam barzah tidak dapat tidak akan terima pembalasan samada baik atau jahat ,nikmat atau azab. Permulaan dengan disoal oleh dua malaikat mungkar dan nakir. Kalau tidak terjawab maka azablah kita. Tetapi bagi fahaman orang Pas mati dalam Pas ada kelebihannya ,sesuai dengan ujaran bila undi Pas janjinya syurga. Itu konon-kononnyalah kerana yang mati tidak seorang pun kembali menceritakan akan kenikmatan bila mati dalam masa menjadi ahli PAS .Kadang-kadang bila difikir-fikirkan ada sedikit sebanyak penyelewangan yang dibuat oleh Pas demi memenangi hati budi pengundi dengan menjanjikan yang bukan milik mereka iaitu syurga. Sedangkan syurga itu bukan ganjaran yang boleh ditawarkan oleh sebarang orang dan sewenang-wenangnya. Ianya milik Allah Swa kepada siapa yang dianugerahkan syurga adalah hak mutlakNya. Janji syurga orang pas adalah omong kosong untuk memperbudakkan orang dewasa dan orang tua.

Tuan-tuan dan puan-puan....perlu berfikir dengan waras ,renung sedalam-dalamnya buat perbandingan siapakah yang telah berjaya memakmurkan negara kita Malaysia ini sehingga kita dapat hidup mewah seperti hari ini. Ada kah Pas atau UMNo dan Barisan Nasional. Sudah tentu tidak dapat tidak tuan-tuan perlu akui bahawa yang menjadikan negara kita makmur dengan izin Allah atas titik peluh dan ikhtiar dan peras otak pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Apa yang PAS buat sepanjang penghidupan dimuka bumi ini ... Tidak ada satu pun kecuali memecah belahkan umat islam dan orang melayu. Mereka semua ini cukup pandai dalam mempergunakan agama sebagai ugutan dan tawaran kepada pengundi sehingga ada yang cukup taksub dan tertipu. Yang sebenarnya , yakinlah orang-orang pas ini baik atau elok di luar tetapi busuk dan berulat didalam. Sifat-sifat keji semuanya ada dalam diri orang pas termasuk pemimpinnya sekali.
Pertama. Penabur fitnah, kedua..kedekut, bakhil, tangkai jering atau tahi hidung masin, ketiga tamak haloba, kelima ...terlalu pentingkan diri sendiri... keenam dengki dan iri hati ketujuh tidak boleh bertolak ansur, kelapan tidak menghormati kawan kesembilan akal yang tidak pintar malas berfikir dan tiada ilham kesepuluh bila berhutang tidak bayar atau sukar membayar.ke sebelas suka meletakkan kesalahan atau kelemahan pada pihak lain dengan kata lain suka menunding jari kearah orang lain untuk melindungi kelemahan sendiri.

Tuan,-tuan buatlah pilihan yang tepat pilih siapa yang boleh buat kerja dan boleh diharapkan. Pilihlah orang yang tidak ada sifat-sifat keji sebagaimana yang saya sebutkan di atas.Jangan tengok pakaiannya sahaja kena nilai secara keseluruhan kerana untuk kebaikan kita dan anak cucu kita juga. Orang Pas ialah orang yang jahat sebab itu dia berkawan semuanya dengan orang jahat dan samseng. Kata orang kalau hendak tengok peribadi seseorang tengoklah siapa kawannya. Pas berkawan dengan DAP dan Keadilan puak-puak ini satu ada unsur komunis dan satu lagi tamak atau gila kuasa serta bermoral rendah yang boleh dikatakan sukakan perlakuan diluar tabii. Memang kalau direnung -renung itu sudah kena pada tempatnya dan sudah pasti ini adalah ketentuan dari ilahi. Jadi fikir-fikirkanlah.

Tuan-tuan, Pemimpin Pas memang tak boleh buat kerja, pemimpin yang sudah sangat tua pun masih lagi gila kuasa. Orang tua apa yang mereka ada selain menampakkan ketuaan yang sangat tua. Bukan tidak menghormati orang tua... tetapi biarlah berpada-pada. Ini menunjukkan ketamakkan mereka. Contohnya Nik Aziz patut sudah sampai masa, berilah peluang kepada orang muda. Pura-pura kata tidak tamak kuasa dengan mengatakan orang yang masih memilihnya. Memanglah tapi buat-buatlah perkiraan sendiri orang panggil cermin-cerminkanlah diri sendiri. Sebenarnya orang tidak tergamak hendak bersuara.jadi buatlah apa yang patut takkan hendak tunggu orang bagitahu baru nak berhenti. Faham-fahamlah ya...

Wednesday, September 15, 2010

Jangan biarkan keganasan berleluasa.

Salam untuk semua rakyat Malaysia yang sedang masih lagi bergembira kerana menyambut hari lebaran iaitu hari Raya Aidil Fitri. Sambutan ini bukan saja disambut oleh satu bangsa atau agama sahaja malah disambut oleh semua kaun di Malaysia. Itu adalah kelebihan kita yang boleh berada dalam satu tempat  walaupun berbagai warna...

Tuan-tuan dan puan-puan, Kegembiraan kita sedikit tercalar oleh satu kejutan tentang kes pembunuhan yang berlaku keatas empat orang yang tidak berdosa telah dibunuh dengan begitu kejam. Yang membunuh mereka sudah pun ditangkap dan pengumpulan bukti sedang dilakukan untuk pendakwaan. Mereka ini terdiri orang yang bukan bodoh ,mempunyai ilmu yang tinggi dan berpengetahuan lebih berbanding dengan orang-orang biasa.Mengapa mereka sanggup membunuh sekali gus empat orang dalam satu masa tidak terfikirkah oleh mereka bahawa perbuatan mereka ini boleh pecah oleh kecekapan pihak polis kita. Sekarang kegembiraan dan kerakusan mereka mengumpul harta dengan rakus dan cara yang salah telah terburai. Walaupun sebelum ini perbuatan yang dilakukan sangat berjaya dan tertutup rapi. Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat suatu ketika jatuh ketanah juga. Bangkai gajah tidak terlindung dengan hanya ditutup dengan daun nyiru. Kini mereka dalam kegusaran, nampak kesedihan dan berhadapan dengan hukuman yang berat

Berani buat beranilah tanggung, harapan kita agar proses kehakiman dan undang-undang dapat dijalankan dengan betul dan adil . Jangan benarkan dimana-mana kelemahan undang-undang dipergunakan oleh mereka ini untuk melepaskan diri kerana mereka ini orang yang mahir undang-undang buka orang biasa. Jangan biarkan juga harta dan wang ringgit dapat membeli hukuman agar diringankan atau dilepas bebas begitu sahaja. Kepercayaan dan keyakinan terhadap undang-undang akan menjadi cacian sekiranya yang patut dihukum boleh terlepas.

Tuan-tuan dan puan-puan.. Rakyat Malaysia yang dikatakan penyayang boleh dipertikaikan dengan kejadian ini dan beberapa kejadian jenayah ganas yang melibatkan pembunuhan insan yang tidak berdosa. Orang perempuan dan tidak terkecuali kanak-kanak. Apakah kini ada dikalangan kita rakyat Malaysia mempunyai pertimbangan yang rapuh atau otak yang solah-olah gila. Sanggup membunuh cuma untuk mendapatkan sedikit barang berharga yang tidak senilai dengan nyawa manusia. Kejadian -kejadian ini perlu diberi perhatian khusus. Pihak berkuasa perlu membuat pemantaun terhadap individu-individu yang mencurigakan akan aktiviti meraka. Tengok-tengok secara rawak orang-orang yang memiliki kekayaan yang berlebihan yang tidak setara dengan pendapatan. Bimbang kegiatan jahat mereka ini berlarutan terlalu lama hingga banyak mangsa yang terkorban.

Oleh itu gunakan otak yang waras yang tuhan berikan kepada kita sebaik mungkin untuk berfikir pada jalan yang benar sahaja. Ikhtiarkan dengan  yang betul jangan sekali-kali cuba mengambil akal yang merosakkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri seolah-olah kita sahaja yang patut kaya,kita saja yang patut senang orang lain perlu kita korbankan untuk kesenangan kita. Ini dipanggil hukum rimba .hukum rimba cuma dipakai dan dipergunakan untuk binatang sahaja. Apakah kita manusia sebaik-baik kejadian sama taraf dengan haiwan atau binatang. Oleh itu fikir-fikirkanlah sesuatu kejahatan tidak akan boleh diselindungkan dalam masa yang lama suatu ketika akan pecah juga...Masa itu barulah kita tahu langit itu tinggi atau rendah......

Saturday, September 4, 2010

Renungan untuk guru

Salam untuk semua rakyat Malaysia yang sedang kalut kibuk dalam membuat  persiapan terakhir bagi sambutan hari lebaran  Hari Raya Aidilfitri.Salam sejahtera juga untuk semua kaum lain yang sudah pasti menerima keuntungan dalam perniagaan atas belian yang bertambah berkali ganda sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri. Pendek kata semua orang menerima faedah dari kehidupan yang aman dan harmoni ini.


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, kita semua patut bersyukur kepada Allah SWA dan banyak-banyak terima kasih kepada kerajaan kita Malaysia yang begitu prihatin dan cekap mentadbir negara yang memberi banyak faedah kepada kita semua terutama kakitangan awam. Baru-baru ini kerajaan kita memberi wang sebanyak rm500 untuk kurangkan beban tanggungan perbelanjaan bagi menyambut hari raya. Biarpun rm 500 tidak dikatakan sebanyak mana tetapi sudah tentu lebih baik dari tiada langsung.

Jadi atas jasa-jasa yang begitu banyak lihat disekeliling kita. Kita hidup senang sekarang ada kereta ada rumah batu. Kereta bukan sebuah tetapi tiga buah berbanding dengan dulu tinggal di rumah usang dan buruk . Makan tidaklah sesedap mana dan pakaian yang lusuh dan buruk. Kini masing masing bergaya dan cukup gembira dengan kehidupan kini. Tetapi yang menjadi tanda tanya mengapa kebelakangan ini ramai antara kakitangan awam kita yang mempunyai kecenderungan untuk menentang arus tidak menyokong kerajaan yang ada yang telah banyak berjasa kepada kita. Terutama dikalangan guru. Guru kini tidak seperti guru dulu semasa perjuangkan kemerdekaan . Gurulah yang banyak berjasa dan mengambil peranan dalam mencatatkan sejarah negara kita mendapat kemerdekaan. Tetapi guru kini tidak lagi mereka ini suka bercakap atas dasar suka memburuk-burukan kerajaan. Semua yang kerajaan buat tidak betul. Suka melihat yang buruk dari yang baik. Yang baik dan benar cuma pada tarikh 25 haribulan iaitu hari gaji. Dan juga hujung tahun dapat bonos serta kalau ada pelarasan gaji. Masing-masing nampak cukup gembira sekali.



Wahai guru-guru yang budiman, renung dan kenanglah sedikit jasa kerajaan kita ini. Gaji guru sekarang cukup tinggi dan banyak, kerja tidaklah sesukar dulu. Sekarang ini banyak peralatan canggih yang dapat membantu dalam pembelajaran. Kenapa kita perlu lawan.? Janganlah berani cuba-cuba untuk beralih angin bertukar selera untuk memberi laluan kepada kerajaan baru. Saya bimbang pepatah mengatakan kejar burung terbang dan tinggalkan kura-kura di kaki atau bila dengar guruh di langit air dalam tempayan di curahkan. Bimbang kalau-kalau sesuatu yang baik ini akan bertukar menjadi lebih buruk



Tuan-tuan boleh membuat renungan dan perbandingan kerajaan yang ada dengan Pakatan rakyat. Siapa yang lebih kuat mempertahan hak orang melayu. Kita kena ingat Malaysia ini dulu namanya Tanah Melayu jadi dari segi namanya pun cukup membuktikan bahawa tanah ini hak kita. Oleh kerana sudah ditakdirkan kita berkongsi dengan kaum lain tidak bermakna kita perlu beri hak sama rata. Sedikit kelebihan bagi tuan punya tanah. Dalam apa hal pun tuan punya mesti haknya lebih sedikit.Nampaknya PR memain isu ini sudah tentu sedikit sebanyak mendapat sokongan dari kaum lain yang sentiasa terkilan dengan hak keistimewaan orang melayu. Sekiranya tuan-tuan membuat sokongan yang salah kita akan menyesal seumur hidup. Cukuplah dengan singapura yang telah kita lepaskan kepada kaum lain dan orang melayu di singapura hilang kuasa dan menempel sahaja seperti melukut di tepi gantang.

Oleh itu tuan-tuan sila buat pilihan yang tepat tengok-tengoklah pemimpin mana yang lebih baik. Saya pun hairan kenapa ada kecenderungan rakyat Malaysia memilih pemimpin yang ada rekod rosak moralnya. Ada pemimpin yang ada skandal menjadi pilihan. Ada yang bercakap saja kerja tidak buat. Ada yang bercakap ikut masa dan keadaan. Dulu tidak boleh sekarang boleh lagaknya seperti sesumpah yang boleh berubah warna ikut situasi setempat yang ia hinggap.Apakah rakyat Malaysia kini sudah boleh terima orang bermoral rendah itu lebih baik dari orang bermoral tinggi.

Tuan-tuan, akhir kalam selamat berpuasa dan berhari raya dan sama-samalah kita berdoa agar negara kita Malaysia tercinta ini akan dilindungi oleh Allah SWA dari segala bencana kerana kita dan anak cucu kita hendak menumpang hidup di dalamnya.

Sunday, August 29, 2010

NAMPAK ALIM TAPI JAHIL

Salam satu Malaysia untuk semua rakyat Malaysia yang sedang bersenang lenang menjalani kehidupan yang aman dan damai di bumi Malaysia ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang disanjung tinggi. Hujan tidak ribut pun tidak ,langit kelihatan sungguh cerah . Tiba-tiba petir berdentum memanah bumi. Satu kejadian yang tidak diduga sekali lagi berlaku di negara kita ini melibat kesucian tempat ibadat kita di Kajang Selangor telah dicemari dengan keizinan dari jawatankuasa surai memberi kebenaran dengan hati terbuka dan gembiranya menerima tetamu yang bukan islam untuk bertazkirah di surau tersebut.

Bila melihat gambar dalam akhbar salah seorang ahlijawatankuasa masjid itu cukup sempurna pakaiannya dengan berjubah putih dan berkopiah putih . Pendek kata dari hujung kepala sampai kehujung kaki memakai warna putih yang melambangkan kesucian dan kebersihan serta kejernihan. Tetapi warna di dalam tidak sama dengan apa yang dipakai diluar.

Mereka semua ini sudah salah membuat pertimbangan dengan silauan duit tak seberapa nilainya sudah mencemarkan tempat ibadat kita. Kemungkinan mereka ini menggunakan kepala lutut dalam membuat pertimbangan. Nampak sungguh alim dan warak tetapi ternyata tong kosong. Bila sesuatu perkara nak dibuat ambil kiralah baik buruknya buatlah andaian atau gamakkanlah benda itu boleh ke tidak boleh di buat. Pernah dibuat orang ke tidak. Kalau jahil sangat tanyalah orang jangan pakai redah sahaja.

Sekarang sudah jadi isu besar hingga Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor pun murka. Dalam hidup ini janganlah kita tolol sangat dalam membuat pertimbangan benda kecil-kecil pun dan konfius apa lagi benda besar-besar. Kalau hendak berlagak pun janganlah sampai kita kena kutuk oleh ramai orang. Takut kalau-kalau ada diantara yang mengutuk itu mulutnya masin dimakbulkan tuhan lambat bangat ditimpa bala kita.

Oleh itu diharapkan agar semua muslimin dan muslimat di negara kita Malaysia ini   lebih berhati-hatilah carilah jalan yang diredhai Allah dan disukai oleh semua makhluk dibumi maupun di langit.Jangan terlalu mengada-ngada sangat. Akibat buruk ditanggung sendiri.

Sekian. Wassalam.

Thursday, August 26, 2010

Negaraku Malaysia Tercinta.

Negaraku Malaysia cukup bertuah . Aman damai dan berdaulat. Rakyat hidup dalam penuh kemewahan. Pemerintah cukup perihatin  dan ikhlas mengurus takdbir negara. dengan cekap dan berkesan. Terima kasih dan syukur kepada Allah SWA yang melahirkan di bumi bertuah ini permata-permata yang bersinar menyinari seluruh alam bumi Malaysia ini. Ianya tak lain tak bukan perdana menteri-perdana menteri yang cekap pintar ikhlas dan bijak mengurus, tahu hala tuju dan berwawasan.

Sekarang negara kita begitu gah dimata dunia .Cukup berjaya berbanding dengan negara-negara sebelah menyebelah kita yang sudah jauh ketinggalan kebelakang. Taraf hidup rakyat yang masih dalam kemiskinan, susah dan melarat terpaksa bergadai nyawa menyeberangi lautan untuk mencari sesuap nasi dan sedikit ruang kehidupan yang selesa. Mereka ini datang dari segenap pelusuk dan ceruk rantau sehingga jumlahnya sangat ramai sehingga menyusahkan negara kita ini. Kesan daripada itu banyak berlaku jenayah yang menyebabkan kita berada dalam sedikit kegelisahan bila-bila masa sahaja boleh dirompak dan disamun. Mereka ini tidak mengamalkan sikap di mana bumi di pijak di situlah langit dijunjung sehingga menunjukkan lagak samsing layaknya negara ini milik mereka.

Ekoran begitu ramai orang asing di negara kita ini, kalau difikir-fikir dan direnung sedalam-dalamnya seolah-olah negara kita sedang dijajah oleh mereka secara tak langsung. Barangkali pemerintah negara kita sudah nampak keadaan ini rasa-rasanya sudah tidak terkawal . Kemasukan secara halal pun ada yang haram pun ada. Oleh itu bertindaklah sekarang jangan berlengah lagi. Bimbang  kalau-kalau suatu ketika kita telah terlambat terutama rakyat Indonesia yang begitu ramai hingga mencecah dua juta orang.

Dua juta bukan sedikit cukup ramai, bayangkan kalau dihimpunkan dalam satu padang sudah tentu cukup ramai dan memerlukan padang yang sangat luas. Mereka ini pula bukan manusia baik terdiri dari orang-orang yang tak tahu mengenang budi . Kita bagi bunga dibalas dengan najis. Kedutaan kita dilontar dengan najis, jalur gemilang kita telah dipijak-pijak dan dibakar cukup-cukup mencabar kesabaran kita. Setiap rakyat Malaysia sebak dan ingin menangis melihat perbuatan gila mereka ini.Dari budak kecil sehingga orang dewasa. Kita tahu mereka ini hidup susah orang yang hidup susah ini sanggup buat apa sahaja. Tambahan pula taraf pendidikan yang rendah boleh saja diperalatkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu dengan upah yang tak seberapa. Pihak pembangkang negara kita sudah tentu tersenyum lebar melihat suasana ini, kerana ada kecenderungan mereka melahirkan tidak puas hati mereka di Indonesia. Dan pihak media di Indonesia pun cukup-cukup memberi sokongan dalam hal ini.

Oleh itu Datuk Seri Najib perlulah buat sesuatu agar kesebakkan, kesedihan setiap hati rakyak Malaysia yang mengikuti peristiwa di Indonesia ini sedikit terubat. Kalau boleh rasa-rasanya kita patut buat seperti apa yang mereka buat itu. Meraka bakar bendera jalur gemilang kita kita bakar bendera mereka pula.Kalau mereka lontar najis kita pun ada najis juga. Tapi benda ini akan menjadi semakin besar dan kita akan turut bodah seperti mereka juga. Rakyat kita cukup cerdik dalam hal menangani masalah ini terutama pemuda-pemuda PKR mereka cuma berdiam diri saja tanpa sedikit pun buat bantahan. Dimanakah kesetiaan dan semangat jati diri puak-puak sikitol ini.

Memandangkan hal ini nampaknya agak serius langkah-langkah tertentu perlu diambil. Pertama kurangkan rakyat Indonesia yang sedang berada di negara kita ini. Jangan benarkan terlalu ramai rakyat asing di negara kita ini. Kita tak perlu mereka. Mereka menyusahkan kita. Sekiranya berlaku apa-apa yang lebih serius dengan Indonesia bagaimana dengan yang dua juta ini. Sudah tentu mereka tidak sokong kita.



Kedua , Sudah sampai masanya kita memperkuatkan bala tentera kita. Lengkapkan dengan senjata baru dan canggih kerana rasa-rasanya kita belum kemaskini peralatan tentera kita dengan kapal-kapal perang yang baru-baru. Yang ada sekarang sudak buruk dan lusuh sehingga menjadi ejekkan orang luar. Peruntukan besar perlu diberi kepada peralatan ini. Sudah pasti rakyat tidak marah atas dasar mempertahankan kedaulatan negara. Kalau perlu kurangkan sabsidi , sebab kerajaan kita terlalu manjakan rakyat hingga banyak kos tanggungan ke atas sabsidi dan bantuan.

Akhir kata kita sama-samalah berdoa agar Allah yang maha berkuasa melindungi negara kita yang tercinta ini dari segala bala bencana. Sesungguhnya Dia yang maha mengetahui hasrat setiap kita untuk hidup dalam aman dan damai serta tolong menolong antara tetangga seterusnya menjadi negara maju suatu ketika nanti

Sekian Terima Kasih. Wassalam..







 

Wednesday, August 25, 2010

Makhluk Perosak Di Malaysia

Salam untuk semua salam satu Malaysia dan salam sejahtera untuk semua rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan  dalam rentetan sejarah kehidupan dan yang merupakan seiringan catatan sejarah negara kita Malaysia yang tercinta. Saya dapat membuat beberapa remusan peristiwa yang berlaku kepada senario politik negara kita .Terdapat sebuah parti politik yang pada pandangan saya menjadi watak utama memain peranan besar memecah belahkan umat manusia di Malaysia. Parti ini ahlinya betul-betul berselindung disebalik kealiman dan kewarakan dengan memakai pakaian yang cukup sopan mengikut sunnah tetapi membawa kecelaruan kepada umat manusia.

Apakah mereka telah buat sebenarnya? Pada suatu ketika dahulu mereka ini telah mengkafirkan sesama Islam, menganggap mereka lah yang terbaik atau mursyid yang lain semua terpesung. Dengan kegiatan mereka yang rakus inilah berlaku perpecahan dalam masyarakat kejadian-kejadian berikut telah beralaku.
Pertama sembahyang dua imam. Kedua Sembelihan tidak halal dimakan, Ketiga akad nikah tidak sah. Seterusnya  mati tidak boleh di imamkan oleh orang lain dalam solat jenazah. Lain-lain lagi seperti undi mereka masuk syurga seperti syurga itu bapak mereka punya.yang paling teruk mereka menghalalkan darah sesama muslim.Suatu ketika memang menjadi perbalahan teruk dalam masyarakat tetapi syukur dengan kehendak Allah Swa keadaan seperti diatas sudah berkurangan dalam masyarakat kerana masyarakat perlahan-lahan dapat menilai mana yang benar dengan yang tidak. Kalau adapun mungkin di kampung-kampung di pedalaman.

Kumpulan dari parti ini dulunya sangat memperjuangkan islam .mahu undang-undang islam dijalankan dinegara kita ini seperti hudud dan sebagainya. . Isu ini sangat kuat diperkatakan sehingga kerajaan negeri kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz telah membuat draf hukum hudud tetapi dimanakah draf itu sekarang berada mungkin ada disimpan dimuzium untuk tatapan anak cucu.Meraka juga mengatakan bahawa UMNO berpakat dengan bukan islam dalam memerintah negara iaitu parti-parti bukan islam dalam Barisan Nasional . Tetapi tidak sampai pun berapa lama orang yang mengata itu juga berpakat dengan bukan islam. Ini menunjukkan tuhan itu maha berkuasa . Tuhan balas apa yang kita kata itu keatas batu jemala kita pula. Sekarang ini dapat kita lihat PAS sudah lari jauh sayup mata memandang dari perjuangan asal walaupun pemimpin kebanyakkan masih yang asal lagi. Pas sudah hancur lebur sekarang kalau adalah parti islam baru yng hendak ditubuhkan inilah masanya kerana pas sudah punah sakit dan tidak berada atas landasan asal. Pas sekarang sudah berpakat dengan orang kafir, pas sekarang betul-betul berjuang mempertahan kuasa bukan lagi memperjuangkan agama. Mereka semua sudah "ditangas" oleh DAP sebuah parti bukan islam.Mereka tunduk melutut di kaki DAP apa yang DAP kata semuanya benar dan akur sehingga sanggup menjual dan mengadaikan perjuangan asal. Contohnya perarakan Maulidul Rasul yang diadakan setiap tahun. DAP tak benar buat dibawah pemerintahannya PAS pun tunduk mengiyakannya malah ada alasan pulak mengatakan perarakan itu tidak dibuat oleh nabi.

Isu terbaru pulak ada  khatib tidak bertauliah yang membaca doa untuk pemimpin DAP dalam khutbah Solat Jumaat. Khatib puaka dan tidak bertauliah ini yang merupakan ahli pas ini sangat taksub dengan pemimpin DAP. Tak pernah dibuat orang seperti itu gunalah kewarasan fikiran  tuhan sudah bagi otak kepada setiap insan. berpada-padalah dalam buat sesuatu jangan buat sesuatu yang pelik dan luar biasa. kalau hendak doa juga doalah sorang-sorang dua hari dua malam ke sepuluh hari sepulauh malam ke buatlah jangan melibatkan orang ramai . Jangan lah nakkan publisiti murah buat yang tidak-tidak.

Tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya kalau dinilai dari segi kecekapan mentadbir negeri, puak-puak ini bukannya pandai sangat. Boleh dikatakan tidak cekap langsung.  Kalau di Kelantan tidak ada apa yang dibuat bahkan masjid pun tidak buat. nak kata parti islam macam mana. Bercakap banyak kerja takdak slogan membangun bersama islam pun kalau dinilai dan dihitung kira tidak ada apa yang cemerlang. Tidak ada pembangunan pun bertambah teruk adalah contohnya gejala buang bayi pun ada juga di kelantan . contoh di Kuala Krai buang dan bakar bayi dalam tong sampah.Mambangun bersama islam ke tu?. Remaja-remaja tidak tutup aurat melambak-lambak hendak muat lori panjang pun boleh Kejadian di Pasir Puteh Kelantan tergamak seorang abang menyewa jengkaut meroboh rumah adik beradik kandung sendiri atas dasar sebahagian rumah masuk dalam tanah siabang. Membangun bersama islam ke tu?.Tak pernah dibuat orang..

Kesimpulannya banyak perkara pelik dan luar biasa yang kadang-kadang tak terfikir oleh akal dibuat oleh mereka ini. terbaru kerajaan kelantan keluar duit baru dinar dan dirham . untuk apa tu ?,. Bolehlah dikatakan mengada-ngadalah tu. Bukan hendak fikir pembangunan untuk rakyat tetapi buat benda yang tak ada faedah pun . Semua idea kolot dan terkebelakang sesuai dengan orang  tua. Sebenarnya pemimpin-pemimpin yang sudah tua-tua itu berhenti sajalah sedarlah akan ketuaan kita Nabi Muhammad SAW pun enam puluh lebih saja umurnya. Sudah tentu ada makna disebalik umur nabi tuhan bagi enam puluh lebih tu Kalau sudah lebih dari umur nabi rasa  nya sudahtidak boleh dipakai lagi. Dari segi fizikal badan bertambah kecil, belakang menjadi bongkok, gaya berjalan sudah berlainan, mata rabung malah organ-organ penting dalam badan pun sudah mula mengecut. Sekiranya di scan otak sudak tentu mengeluarkan corak dan warna yang berbeza dengan orang yang lebih muda.Dan mengesahkan lagi ketuaannya iaitu berjalan sambil memegang tongkat Bagilah peluang kepada orang lain pula. Kerana menjadi pemimpin ini besar tanggungjawabnya dan akan persoal di akhirat kelak.

Sekian terima kasih. Wassalam

Saturday, August 21, 2010

Gejala Buang Bayi.

Salam satu Malaysia untuk rakyat Malaysia yang berbilang bangsa yang hidup harmoni dan tolong menolong antara satu sama lain. Seperti aur dengan tebing atau seperti isi dengan kuku.

Merujuk tajuk di atas adalah satu tajuk yang cukup memilukan dan menyedihkan semua yang ada dalam negara kita ini iaitu buang bayi. Semua bangsa saya pasti tidak dapat menerima situasi ini yang kian berleluasa . Hampir setiap hari atau berselang hari berita buang bayi disiarkan didada akhbar. Suatu ketika sampai 4 orang seminggu bayi dibuang begitu sahaja  bagaikan sampah. Mengapakah terjadi begitu kita seolah-olah kembali semula kezaman jahilliah yang tidak berperikemanusiaan menanam bayi hidup-hidup terutama bayi perempuan. Tetapi sekarang bukan bayi perempuan saja yang dibuang bahkan bayi lelaki juga. Semua tempat adalah sesuai untuk dijadikan tempat buang bayi. Dalam sungai, tong sampah, depan masjid , atas rumput dan lain lain tempat lagi. Ada yang masih hidup dan ada yang sudah hilang nyawa. Cukup sedih manusia yang ada agama dan pendidikan sanggup membuat keputusan yang begitu kejam dan zalim.
Wahai pembuang bayi fikiirkanlah sebelum bertindak melulu. Ingat iblis adalah pendorong anda berbuat demikian.Supaya anda bertambah dosa berlipat kali ganda. Pertama berzina kedua membunuh. Saya pasti anda akan dihantui rasa bersalah sepanjang hayat. Sentiasa terbayang perbuatan dosa yang anda lakukan.janganlah hampiri zina. Berzina merosakkan keturunan manusia dimuka bumi ini. Membuang pula merendahkan martabat manusia yang dikatakan sebaik-baik kejadian menjadi setaraf dan setara dengan sampah sarap.

Remaja-remaja kita adalah penyumbang terbesar dalam hal ini. Tolonglah berhati-hati batasi pergaulan agar perkara buruk tidak berlaku. lapan puluh enam peratus remaja yang hamil itu adalah atas dasar hubungan dengan buah hati atau teman lelaki. Manakala lapan puluh peratus teman lelaki tidak akan bertanggungjawab bila hamil. Bermakna teman lelaki lepas tangan atau lari menyembunyikan diri. Cuma enam peratus sahaja yang ambil tanggungjawab. Atas kerana inilah banyak bayi dibuang.Ingat setiap yang manis itu ada pahitnya setiap yang ketawa itu suatu ketika akan menangis jua. Kembalilah pada kehidupan yang penuh adat dan sopan santun jagalah tingkahlaku agar tidak mudah ditipu daya oleh iblis dan oleh manusia yang berhati iblis.

Sekian terima kasih

SAMAN EKOR

Salam satu Malaysia untuk semua rakyat Malaysia yang semuanya bersatu padu untuk kesejahtyeraan negara kita yang kita cintai ini Malaysia.
Merujuk tajuk di atas saya tertarik untuk memberi pandangan sedikit kerana saya pun juga termasuk orang yang memiliki saman ekor ni. Rasa-rasa banyak ekornya. Mula-mula hendak hurai istilah saman ekor ni. biasanya ekor-ekor adalah milik haiwan seperti beruk , ayam ,itik , gajah badak dan semua binatang yang ada di dalam hutan dan ada di luar hutan dan ada yang jinak dan ada yang liar serta buas. Jadi saman ekor ini termasuk dalam saman haiwanlah ya. Maaflah munkin kasar sedikit tetapi itu adalah pandangan peribadi saya.

Saya fikir-fikir saman ini adalah tidak sesuai dan tidak adil kepada pengguna jalan raya kerana saya pasti setiap orang yang biasa atau kerap berada di atas jalan raya akan memiliki saman ekor sekurang-kurangnya satu atau munkin lebih.Sebabnya saman ekor sangat mudah dilakukan oleh pihak berkuasa. pilih tempat yang had laju rendah kawasan 60km/j atau kawasan sekolah 30km/j sudah pasti hendak satu ribu lebih buah pun dapat dengan mudah. tidak ada pemandu yang turunkan kelajuannya 30km/j bila depan sekolah kecuali sudah dapat maklumat adanya perangkap laju di hadapan.

Oleh itu hentikan terus saman ekor ini. Bagi saman biasa yang ada surat itu cukup mudah dan berkesan tidaklah seperti pencuri. Pemandu pun puas hati kerana dapat menikmati kesalahan yang dilakukan dengan saman tersebut. Ini tidak tahu-tahu bila nak berurusan dengan jpj baru tahu ada saman ekor 14. Terkejut beruklah kawan itu. Balik dengan muka yang muram seperti bulan sakit Bukan bulan jatuh keriba. Fikiran berputar-putar mana nak cari duit nak langsaikan saman. akhirnya terpaksa jumpa kawan baik tapi ganas iaitu Ah Long.

Kerajaan kita Malaysia cukup kuat hidu bau akan kesusahan yang dihadapi rakyat dalam isu ini. Betul -betul rakyat di dahulukan. Mereka telah buat penangguhan pembayaran saman ekor ini.Harap-harap penangguhan ini akan terus tangguh sampai bila-bila. Sesungguhnya tiada daya upaya rakyat hendak membayar saman ekor yang banyak ini. Semoga dapat difikir-fikirkanlah kelemahan saman ekor ini kalau boleh hentikanlah. Kamera yang digunakan itu bolehlah diletak di muzium kepolisan agar dapat ditonton  oleh orang ramai. Tambahan pula kos pembelian kamera tu sudah lama balik modal sebab sudah banyak jasanya buat duit.

sekian terima kasih.

Tuesday, August 17, 2010

Kemalangan Jalan Raya

Pertama syukur kepada Allah SWA dengan limpah dan izinnyalah kita semua berada dalam sebuah negara yang cukup aman makmur dan berpendapatan tinggi dan penuh kesenangan berbanding dengan negara lain di sekeliling kita. Negara kita cukup harmoni dengan berbagai kaum hidup berbaik antara satu sama lain. Disitulah letaknya kekuatan dan kelebihan kita.sungguh cantik panorama kehidupan rakyat Malaysia.tambahan pula dengan slogan baru 1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Cukup berkesan membakar semangat perpaduan yang sedia ada semakin kental dan jitu.

Dalam menjalani kehidupan yang cukup baik di Malaysia ini ada suatu yang kurang senang yang perlu difikir dan diambil akhtiar iaitu kemalangan jalan raya yang semakin kerap berlaku. Boleh dikatakan setiap hari hiasan didada akhbar adalah kemalangan maut dijalan raya ada yang tiga mati, lima, tujuh dan satu adalah sudah biasa . Kita seolah-olah sudah terbiasa dengan tragedi seperti ini malah tidak sudah ambil peduli sangat dengan berita seperti ini. baca pun sambil lewa sahaja.

Dimanakah titik penyebab kemalangan ini selain dari sudah sampai masa atau sudah sampai ajal yang di tentukan oleh yang maha kuasa. Bila difikir-fikir beberapa sebab yang boleh disebutkan iaitu sikap pemandu,faktor kerosakan jentera dan faktor jalan raya itu sendiri. Saya memang akui bahawa sikap pemandu di Malaysia ini kurang cermat tidak sabar dan mudah naik angin tetapi saya rasa keadaan ini dimana-mana dunia pun serupa juga sebab yang memandu itu manusia seperti kita juga.
Jadi yang perlu difokoskan disini ialah jalan raya kita yang perlu di perbaiki dan ditingkatkan lagi keselesaannya terutama dari segi keluasan jalan dan berselekoh yang macam ular kena palu. jalan-jalan antara negeri adalah jalan yang sudah sangat lama sesuai pada masa itu. contohnya jalan kuala krai -gua musang jalan ini dibuat pada tahun 80 an pada masa itu kereta tidak banyak seperti hari ini. Satu jam adalah sebuah kereta lalu. sekarang ini berpuluh kali ganda dari yang dulu. tetapi jalan tak berubah. sempit satu lorong dua hala. sekiranya ada kenderaan berat rosak ianya menjadi perangkap maut yang sangat berkesan. sebab kenderaan ini tidak dapat berada dibahu jalan kerana bahu jalan sempit dan kemungkinan berada di tepi cerung. kalau lori balak yang ada balak di atasnya sudah tentu terbalik bila berada di tepi cerung. oleh itu jalan menjadi sempit tinggal satu lorong sahaja. bila waktu malam ianya menjadi lebih merbahaya kerana pandangan terhad.

oleh itu jangan lah salahkan sangat kepada pemandu tolong tengok-tengokkan jalan di negara kita ini sesuai atau tidak buat masa ini. kalau tidak ikhtiarkanlah buat dua lorong satu hala. memanglah belanja sangat besar tetapi hendakkah kita melihat kematian warga kita yang berterusan di atas jalan seperti ayam dilanggar kereta. mereka semua itu eset negara  yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

kecurian kabel telekom yang kian menjadi-jadi.

Tuan-tuan dan puan-puan seluruh rakyat Malaysia yang berjiwa penyayang dan prihatin. mempunyai ilmu dan kesedaran yang tinggi ,mempuyai tahap kecerdasan yang begitu pintar. sedar tak sedar kita semua sudah berada ditahap pembangunan dan perkembangan it yang begitu ketara. dengan adanya jalur lebar seluruh rakyat malaysia semua peringkat keturunan dan kedudukan mampu untuk menyediakan it jalur lebar di setiap rumah sejajar dengan hasrat kerajaan inginkan rakyat celik  it. ditengah-tengah kerancakan hebahan penggunaan jalur lebar ada seperti suatu wabak yang cukup menjelekkan iaitu kejadian yang berleluasa kecurian kabel talian tm yang disambungkan kerumah-rumah. kejadian ini dilakukan oleh manusia-manusia yang tidak bertamadun dan sangat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan pengguna lain.
sekiranya aktiviti ini tidak dibenteras sepenuhnya sudah pasti menyebabkan kerugian yang banyak kepada semua pihak samaada tm dan pengguna. manakal hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang celik it akan terbantut.

kejadian curi kabel ini sudah menular keseluruh tempat di malaysia ianya kerja jahat yang dilakukan pada waktu malam oleh remaja-remaja yang tidak suka berkerja tetapi memerlukan duit harian. mereka ini dengan rakusnya membelasah kabel telefon kemudian membakar dan mengambil isi didalam sebagai barang buruk yang dijual dengan harga yang mahal kepada pembeli atau pusat pengumpulan besi lusuh atau buruk.

bagaimanakah caranya untuk membenteras kegiatan yang merugikan ini. penguatkuasaan adalah mustahil kerana sudah tentu tidak ada daya upaya untuk pihak berkuasa mengawasi segenap tempat kerana kawasan yang sangat luas. oleh itu penduduk tempatan disarankan ambil peduli akan kejadian ini kerana sekiranya kabel telefon di curi talian kerumah penduduk sudah pasti akan terputus terus.

pihak tm pun sudah jenuh menggantikan kabel yang hilang ada sesetengah tempat ,siang dipasang kabel malam nya terus di curi. siapapun tidak akan dapat menanggung keadaan seumpama ini. selain menanggung kos setiap masa. saya menyarankan agar hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pencuri kabel itu termasuk mengganti kabel yang dicuri itu. mengadakan pemeriksaan mengejut di pusat pengumpulan barang buruk dan mengambil tindakan keras sekiranya didapati ada bahan-bahan yang dibeli itu berasaskan wayar telefon. dengan cara ini sekurang-kurangnya menyebabkan pusat pengumpulan barang lusuh tidak berani membeli barang tersebut.

akhir kalam saya menyeru agar semua pencuri pencuri kabel. hentilah dengan sesegeranya kerja jahat ini. lakukan kerja baik yang memberi munafaat kepada semua. ingat sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terlalu lama manusia-manusia jahat yang merosakkan orang ramai berada di atas muka bumiNya ini. sudah pasti akan diberi pembalasan segera samada kesakitan atau kematian. ingatlah juga bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara saja .segala kerja buat kita masa didunia akan di hitung kira di akhirat kelak.

sekian terima kasih.