Sunday, August 29, 2010

NAMPAK ALIM TAPI JAHIL

Salam satu Malaysia untuk semua rakyat Malaysia yang sedang bersenang lenang menjalani kehidupan yang aman dan damai di bumi Malaysia ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang disanjung tinggi. Hujan tidak ribut pun tidak ,langit kelihatan sungguh cerah . Tiba-tiba petir berdentum memanah bumi. Satu kejadian yang tidak diduga sekali lagi berlaku di negara kita ini melibat kesucian tempat ibadat kita di Kajang Selangor telah dicemari dengan keizinan dari jawatankuasa surai memberi kebenaran dengan hati terbuka dan gembiranya menerima tetamu yang bukan islam untuk bertazkirah di surau tersebut.

Bila melihat gambar dalam akhbar salah seorang ahlijawatankuasa masjid itu cukup sempurna pakaiannya dengan berjubah putih dan berkopiah putih . Pendek kata dari hujung kepala sampai kehujung kaki memakai warna putih yang melambangkan kesucian dan kebersihan serta kejernihan. Tetapi warna di dalam tidak sama dengan apa yang dipakai diluar.

Mereka semua ini sudah salah membuat pertimbangan dengan silauan duit tak seberapa nilainya sudah mencemarkan tempat ibadat kita. Kemungkinan mereka ini menggunakan kepala lutut dalam membuat pertimbangan. Nampak sungguh alim dan warak tetapi ternyata tong kosong. Bila sesuatu perkara nak dibuat ambil kiralah baik buruknya buatlah andaian atau gamakkanlah benda itu boleh ke tidak boleh di buat. Pernah dibuat orang ke tidak. Kalau jahil sangat tanyalah orang jangan pakai redah sahaja.

Sekarang sudah jadi isu besar hingga Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor pun murka. Dalam hidup ini janganlah kita tolol sangat dalam membuat pertimbangan benda kecil-kecil pun dan konfius apa lagi benda besar-besar. Kalau hendak berlagak pun janganlah sampai kita kena kutuk oleh ramai orang. Takut kalau-kalau ada diantara yang mengutuk itu mulutnya masin dimakbulkan tuhan lambat bangat ditimpa bala kita.

Oleh itu diharapkan agar semua muslimin dan muslimat di negara kita Malaysia ini   lebih berhati-hatilah carilah jalan yang diredhai Allah dan disukai oleh semua makhluk dibumi maupun di langit.Jangan terlalu mengada-ngada sangat. Akibat buruk ditanggung sendiri.

Sekian. Wassalam.

Thursday, August 26, 2010

Negaraku Malaysia Tercinta.

Negaraku Malaysia cukup bertuah . Aman damai dan berdaulat. Rakyat hidup dalam penuh kemewahan. Pemerintah cukup perihatin  dan ikhlas mengurus takdbir negara. dengan cekap dan berkesan. Terima kasih dan syukur kepada Allah SWA yang melahirkan di bumi bertuah ini permata-permata yang bersinar menyinari seluruh alam bumi Malaysia ini. Ianya tak lain tak bukan perdana menteri-perdana menteri yang cekap pintar ikhlas dan bijak mengurus, tahu hala tuju dan berwawasan.

Sekarang negara kita begitu gah dimata dunia .Cukup berjaya berbanding dengan negara-negara sebelah menyebelah kita yang sudah jauh ketinggalan kebelakang. Taraf hidup rakyat yang masih dalam kemiskinan, susah dan melarat terpaksa bergadai nyawa menyeberangi lautan untuk mencari sesuap nasi dan sedikit ruang kehidupan yang selesa. Mereka ini datang dari segenap pelusuk dan ceruk rantau sehingga jumlahnya sangat ramai sehingga menyusahkan negara kita ini. Kesan daripada itu banyak berlaku jenayah yang menyebabkan kita berada dalam sedikit kegelisahan bila-bila masa sahaja boleh dirompak dan disamun. Mereka ini tidak mengamalkan sikap di mana bumi di pijak di situlah langit dijunjung sehingga menunjukkan lagak samsing layaknya negara ini milik mereka.

Ekoran begitu ramai orang asing di negara kita ini, kalau difikir-fikir dan direnung sedalam-dalamnya seolah-olah negara kita sedang dijajah oleh mereka secara tak langsung. Barangkali pemerintah negara kita sudah nampak keadaan ini rasa-rasanya sudah tidak terkawal . Kemasukan secara halal pun ada yang haram pun ada. Oleh itu bertindaklah sekarang jangan berlengah lagi. Bimbang  kalau-kalau suatu ketika kita telah terlambat terutama rakyat Indonesia yang begitu ramai hingga mencecah dua juta orang.

Dua juta bukan sedikit cukup ramai, bayangkan kalau dihimpunkan dalam satu padang sudah tentu cukup ramai dan memerlukan padang yang sangat luas. Mereka ini pula bukan manusia baik terdiri dari orang-orang yang tak tahu mengenang budi . Kita bagi bunga dibalas dengan najis. Kedutaan kita dilontar dengan najis, jalur gemilang kita telah dipijak-pijak dan dibakar cukup-cukup mencabar kesabaran kita. Setiap rakyat Malaysia sebak dan ingin menangis melihat perbuatan gila mereka ini.Dari budak kecil sehingga orang dewasa. Kita tahu mereka ini hidup susah orang yang hidup susah ini sanggup buat apa sahaja. Tambahan pula taraf pendidikan yang rendah boleh saja diperalatkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu dengan upah yang tak seberapa. Pihak pembangkang negara kita sudah tentu tersenyum lebar melihat suasana ini, kerana ada kecenderungan mereka melahirkan tidak puas hati mereka di Indonesia. Dan pihak media di Indonesia pun cukup-cukup memberi sokongan dalam hal ini.

Oleh itu Datuk Seri Najib perlulah buat sesuatu agar kesebakkan, kesedihan setiap hati rakyak Malaysia yang mengikuti peristiwa di Indonesia ini sedikit terubat. Kalau boleh rasa-rasanya kita patut buat seperti apa yang mereka buat itu. Meraka bakar bendera jalur gemilang kita kita bakar bendera mereka pula.Kalau mereka lontar najis kita pun ada najis juga. Tapi benda ini akan menjadi semakin besar dan kita akan turut bodah seperti mereka juga. Rakyat kita cukup cerdik dalam hal menangani masalah ini terutama pemuda-pemuda PKR mereka cuma berdiam diri saja tanpa sedikit pun buat bantahan. Dimanakah kesetiaan dan semangat jati diri puak-puak sikitol ini.

Memandangkan hal ini nampaknya agak serius langkah-langkah tertentu perlu diambil. Pertama kurangkan rakyat Indonesia yang sedang berada di negara kita ini. Jangan benarkan terlalu ramai rakyat asing di negara kita ini. Kita tak perlu mereka. Mereka menyusahkan kita. Sekiranya berlaku apa-apa yang lebih serius dengan Indonesia bagaimana dengan yang dua juta ini. Sudah tentu mereka tidak sokong kita.



Kedua , Sudah sampai masanya kita memperkuatkan bala tentera kita. Lengkapkan dengan senjata baru dan canggih kerana rasa-rasanya kita belum kemaskini peralatan tentera kita dengan kapal-kapal perang yang baru-baru. Yang ada sekarang sudak buruk dan lusuh sehingga menjadi ejekkan orang luar. Peruntukan besar perlu diberi kepada peralatan ini. Sudah pasti rakyat tidak marah atas dasar mempertahankan kedaulatan negara. Kalau perlu kurangkan sabsidi , sebab kerajaan kita terlalu manjakan rakyat hingga banyak kos tanggungan ke atas sabsidi dan bantuan.

Akhir kata kita sama-samalah berdoa agar Allah yang maha berkuasa melindungi negara kita yang tercinta ini dari segala bala bencana. Sesungguhnya Dia yang maha mengetahui hasrat setiap kita untuk hidup dalam aman dan damai serta tolong menolong antara tetangga seterusnya menjadi negara maju suatu ketika nanti

Sekian Terima Kasih. Wassalam..







 

Wednesday, August 25, 2010

Makhluk Perosak Di Malaysia

Salam untuk semua salam satu Malaysia dan salam sejahtera untuk semua rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan  dalam rentetan sejarah kehidupan dan yang merupakan seiringan catatan sejarah negara kita Malaysia yang tercinta. Saya dapat membuat beberapa remusan peristiwa yang berlaku kepada senario politik negara kita .Terdapat sebuah parti politik yang pada pandangan saya menjadi watak utama memain peranan besar memecah belahkan umat manusia di Malaysia. Parti ini ahlinya betul-betul berselindung disebalik kealiman dan kewarakan dengan memakai pakaian yang cukup sopan mengikut sunnah tetapi membawa kecelaruan kepada umat manusia.

Apakah mereka telah buat sebenarnya? Pada suatu ketika dahulu mereka ini telah mengkafirkan sesama Islam, menganggap mereka lah yang terbaik atau mursyid yang lain semua terpesung. Dengan kegiatan mereka yang rakus inilah berlaku perpecahan dalam masyarakat kejadian-kejadian berikut telah beralaku.
Pertama sembahyang dua imam. Kedua Sembelihan tidak halal dimakan, Ketiga akad nikah tidak sah. Seterusnya  mati tidak boleh di imamkan oleh orang lain dalam solat jenazah. Lain-lain lagi seperti undi mereka masuk syurga seperti syurga itu bapak mereka punya.yang paling teruk mereka menghalalkan darah sesama muslim.Suatu ketika memang menjadi perbalahan teruk dalam masyarakat tetapi syukur dengan kehendak Allah Swa keadaan seperti diatas sudah berkurangan dalam masyarakat kerana masyarakat perlahan-lahan dapat menilai mana yang benar dengan yang tidak. Kalau adapun mungkin di kampung-kampung di pedalaman.

Kumpulan dari parti ini dulunya sangat memperjuangkan islam .mahu undang-undang islam dijalankan dinegara kita ini seperti hudud dan sebagainya. . Isu ini sangat kuat diperkatakan sehingga kerajaan negeri kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz telah membuat draf hukum hudud tetapi dimanakah draf itu sekarang berada mungkin ada disimpan dimuzium untuk tatapan anak cucu.Meraka juga mengatakan bahawa UMNO berpakat dengan bukan islam dalam memerintah negara iaitu parti-parti bukan islam dalam Barisan Nasional . Tetapi tidak sampai pun berapa lama orang yang mengata itu juga berpakat dengan bukan islam. Ini menunjukkan tuhan itu maha berkuasa . Tuhan balas apa yang kita kata itu keatas batu jemala kita pula. Sekarang ini dapat kita lihat PAS sudah lari jauh sayup mata memandang dari perjuangan asal walaupun pemimpin kebanyakkan masih yang asal lagi. Pas sudah hancur lebur sekarang kalau adalah parti islam baru yng hendak ditubuhkan inilah masanya kerana pas sudah punah sakit dan tidak berada atas landasan asal. Pas sekarang sudah berpakat dengan orang kafir, pas sekarang betul-betul berjuang mempertahan kuasa bukan lagi memperjuangkan agama. Mereka semua sudah "ditangas" oleh DAP sebuah parti bukan islam.Mereka tunduk melutut di kaki DAP apa yang DAP kata semuanya benar dan akur sehingga sanggup menjual dan mengadaikan perjuangan asal. Contohnya perarakan Maulidul Rasul yang diadakan setiap tahun. DAP tak benar buat dibawah pemerintahannya PAS pun tunduk mengiyakannya malah ada alasan pulak mengatakan perarakan itu tidak dibuat oleh nabi.

Isu terbaru pulak ada  khatib tidak bertauliah yang membaca doa untuk pemimpin DAP dalam khutbah Solat Jumaat. Khatib puaka dan tidak bertauliah ini yang merupakan ahli pas ini sangat taksub dengan pemimpin DAP. Tak pernah dibuat orang seperti itu gunalah kewarasan fikiran  tuhan sudah bagi otak kepada setiap insan. berpada-padalah dalam buat sesuatu jangan buat sesuatu yang pelik dan luar biasa. kalau hendak doa juga doalah sorang-sorang dua hari dua malam ke sepuluh hari sepulauh malam ke buatlah jangan melibatkan orang ramai . Jangan lah nakkan publisiti murah buat yang tidak-tidak.

Tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya kalau dinilai dari segi kecekapan mentadbir negeri, puak-puak ini bukannya pandai sangat. Boleh dikatakan tidak cekap langsung.  Kalau di Kelantan tidak ada apa yang dibuat bahkan masjid pun tidak buat. nak kata parti islam macam mana. Bercakap banyak kerja takdak slogan membangun bersama islam pun kalau dinilai dan dihitung kira tidak ada apa yang cemerlang. Tidak ada pembangunan pun bertambah teruk adalah contohnya gejala buang bayi pun ada juga di kelantan . contoh di Kuala Krai buang dan bakar bayi dalam tong sampah.Mambangun bersama islam ke tu?. Remaja-remaja tidak tutup aurat melambak-lambak hendak muat lori panjang pun boleh Kejadian di Pasir Puteh Kelantan tergamak seorang abang menyewa jengkaut meroboh rumah adik beradik kandung sendiri atas dasar sebahagian rumah masuk dalam tanah siabang. Membangun bersama islam ke tu?.Tak pernah dibuat orang..

Kesimpulannya banyak perkara pelik dan luar biasa yang kadang-kadang tak terfikir oleh akal dibuat oleh mereka ini. terbaru kerajaan kelantan keluar duit baru dinar dan dirham . untuk apa tu ?,. Bolehlah dikatakan mengada-ngadalah tu. Bukan hendak fikir pembangunan untuk rakyat tetapi buat benda yang tak ada faedah pun . Semua idea kolot dan terkebelakang sesuai dengan orang  tua. Sebenarnya pemimpin-pemimpin yang sudah tua-tua itu berhenti sajalah sedarlah akan ketuaan kita Nabi Muhammad SAW pun enam puluh lebih saja umurnya. Sudah tentu ada makna disebalik umur nabi tuhan bagi enam puluh lebih tu Kalau sudah lebih dari umur nabi rasa  nya sudahtidak boleh dipakai lagi. Dari segi fizikal badan bertambah kecil, belakang menjadi bongkok, gaya berjalan sudah berlainan, mata rabung malah organ-organ penting dalam badan pun sudah mula mengecut. Sekiranya di scan otak sudak tentu mengeluarkan corak dan warna yang berbeza dengan orang yang lebih muda.Dan mengesahkan lagi ketuaannya iaitu berjalan sambil memegang tongkat Bagilah peluang kepada orang lain pula. Kerana menjadi pemimpin ini besar tanggungjawabnya dan akan persoal di akhirat kelak.

Sekian terima kasih. Wassalam

Saturday, August 21, 2010

Gejala Buang Bayi.

Salam satu Malaysia untuk rakyat Malaysia yang berbilang bangsa yang hidup harmoni dan tolong menolong antara satu sama lain. Seperti aur dengan tebing atau seperti isi dengan kuku.

Merujuk tajuk di atas adalah satu tajuk yang cukup memilukan dan menyedihkan semua yang ada dalam negara kita ini iaitu buang bayi. Semua bangsa saya pasti tidak dapat menerima situasi ini yang kian berleluasa . Hampir setiap hari atau berselang hari berita buang bayi disiarkan didada akhbar. Suatu ketika sampai 4 orang seminggu bayi dibuang begitu sahaja  bagaikan sampah. Mengapakah terjadi begitu kita seolah-olah kembali semula kezaman jahilliah yang tidak berperikemanusiaan menanam bayi hidup-hidup terutama bayi perempuan. Tetapi sekarang bukan bayi perempuan saja yang dibuang bahkan bayi lelaki juga. Semua tempat adalah sesuai untuk dijadikan tempat buang bayi. Dalam sungai, tong sampah, depan masjid , atas rumput dan lain lain tempat lagi. Ada yang masih hidup dan ada yang sudah hilang nyawa. Cukup sedih manusia yang ada agama dan pendidikan sanggup membuat keputusan yang begitu kejam dan zalim.
Wahai pembuang bayi fikiirkanlah sebelum bertindak melulu. Ingat iblis adalah pendorong anda berbuat demikian.Supaya anda bertambah dosa berlipat kali ganda. Pertama berzina kedua membunuh. Saya pasti anda akan dihantui rasa bersalah sepanjang hayat. Sentiasa terbayang perbuatan dosa yang anda lakukan.janganlah hampiri zina. Berzina merosakkan keturunan manusia dimuka bumi ini. Membuang pula merendahkan martabat manusia yang dikatakan sebaik-baik kejadian menjadi setaraf dan setara dengan sampah sarap.

Remaja-remaja kita adalah penyumbang terbesar dalam hal ini. Tolonglah berhati-hati batasi pergaulan agar perkara buruk tidak berlaku. lapan puluh enam peratus remaja yang hamil itu adalah atas dasar hubungan dengan buah hati atau teman lelaki. Manakala lapan puluh peratus teman lelaki tidak akan bertanggungjawab bila hamil. Bermakna teman lelaki lepas tangan atau lari menyembunyikan diri. Cuma enam peratus sahaja yang ambil tanggungjawab. Atas kerana inilah banyak bayi dibuang.Ingat setiap yang manis itu ada pahitnya setiap yang ketawa itu suatu ketika akan menangis jua. Kembalilah pada kehidupan yang penuh adat dan sopan santun jagalah tingkahlaku agar tidak mudah ditipu daya oleh iblis dan oleh manusia yang berhati iblis.

Sekian terima kasih

SAMAN EKOR

Salam satu Malaysia untuk semua rakyat Malaysia yang semuanya bersatu padu untuk kesejahtyeraan negara kita yang kita cintai ini Malaysia.
Merujuk tajuk di atas saya tertarik untuk memberi pandangan sedikit kerana saya pun juga termasuk orang yang memiliki saman ekor ni. Rasa-rasa banyak ekornya. Mula-mula hendak hurai istilah saman ekor ni. biasanya ekor-ekor adalah milik haiwan seperti beruk , ayam ,itik , gajah badak dan semua binatang yang ada di dalam hutan dan ada di luar hutan dan ada yang jinak dan ada yang liar serta buas. Jadi saman ekor ini termasuk dalam saman haiwanlah ya. Maaflah munkin kasar sedikit tetapi itu adalah pandangan peribadi saya.

Saya fikir-fikir saman ini adalah tidak sesuai dan tidak adil kepada pengguna jalan raya kerana saya pasti setiap orang yang biasa atau kerap berada di atas jalan raya akan memiliki saman ekor sekurang-kurangnya satu atau munkin lebih.Sebabnya saman ekor sangat mudah dilakukan oleh pihak berkuasa. pilih tempat yang had laju rendah kawasan 60km/j atau kawasan sekolah 30km/j sudah pasti hendak satu ribu lebih buah pun dapat dengan mudah. tidak ada pemandu yang turunkan kelajuannya 30km/j bila depan sekolah kecuali sudah dapat maklumat adanya perangkap laju di hadapan.

Oleh itu hentikan terus saman ekor ini. Bagi saman biasa yang ada surat itu cukup mudah dan berkesan tidaklah seperti pencuri. Pemandu pun puas hati kerana dapat menikmati kesalahan yang dilakukan dengan saman tersebut. Ini tidak tahu-tahu bila nak berurusan dengan jpj baru tahu ada saman ekor 14. Terkejut beruklah kawan itu. Balik dengan muka yang muram seperti bulan sakit Bukan bulan jatuh keriba. Fikiran berputar-putar mana nak cari duit nak langsaikan saman. akhirnya terpaksa jumpa kawan baik tapi ganas iaitu Ah Long.

Kerajaan kita Malaysia cukup kuat hidu bau akan kesusahan yang dihadapi rakyat dalam isu ini. Betul -betul rakyat di dahulukan. Mereka telah buat penangguhan pembayaran saman ekor ini.Harap-harap penangguhan ini akan terus tangguh sampai bila-bila. Sesungguhnya tiada daya upaya rakyat hendak membayar saman ekor yang banyak ini. Semoga dapat difikir-fikirkanlah kelemahan saman ekor ini kalau boleh hentikanlah. Kamera yang digunakan itu bolehlah diletak di muzium kepolisan agar dapat ditonton  oleh orang ramai. Tambahan pula kos pembelian kamera tu sudah lama balik modal sebab sudah banyak jasanya buat duit.

sekian terima kasih.

Tuesday, August 17, 2010

Kemalangan Jalan Raya

Pertama syukur kepada Allah SWA dengan limpah dan izinnyalah kita semua berada dalam sebuah negara yang cukup aman makmur dan berpendapatan tinggi dan penuh kesenangan berbanding dengan negara lain di sekeliling kita. Negara kita cukup harmoni dengan berbagai kaum hidup berbaik antara satu sama lain. Disitulah letaknya kekuatan dan kelebihan kita.sungguh cantik panorama kehidupan rakyat Malaysia.tambahan pula dengan slogan baru 1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Cukup berkesan membakar semangat perpaduan yang sedia ada semakin kental dan jitu.

Dalam menjalani kehidupan yang cukup baik di Malaysia ini ada suatu yang kurang senang yang perlu difikir dan diambil akhtiar iaitu kemalangan jalan raya yang semakin kerap berlaku. Boleh dikatakan setiap hari hiasan didada akhbar adalah kemalangan maut dijalan raya ada yang tiga mati, lima, tujuh dan satu adalah sudah biasa . Kita seolah-olah sudah terbiasa dengan tragedi seperti ini malah tidak sudah ambil peduli sangat dengan berita seperti ini. baca pun sambil lewa sahaja.

Dimanakah titik penyebab kemalangan ini selain dari sudah sampai masa atau sudah sampai ajal yang di tentukan oleh yang maha kuasa. Bila difikir-fikir beberapa sebab yang boleh disebutkan iaitu sikap pemandu,faktor kerosakan jentera dan faktor jalan raya itu sendiri. Saya memang akui bahawa sikap pemandu di Malaysia ini kurang cermat tidak sabar dan mudah naik angin tetapi saya rasa keadaan ini dimana-mana dunia pun serupa juga sebab yang memandu itu manusia seperti kita juga.
Jadi yang perlu difokoskan disini ialah jalan raya kita yang perlu di perbaiki dan ditingkatkan lagi keselesaannya terutama dari segi keluasan jalan dan berselekoh yang macam ular kena palu. jalan-jalan antara negeri adalah jalan yang sudah sangat lama sesuai pada masa itu. contohnya jalan kuala krai -gua musang jalan ini dibuat pada tahun 80 an pada masa itu kereta tidak banyak seperti hari ini. Satu jam adalah sebuah kereta lalu. sekarang ini berpuluh kali ganda dari yang dulu. tetapi jalan tak berubah. sempit satu lorong dua hala. sekiranya ada kenderaan berat rosak ianya menjadi perangkap maut yang sangat berkesan. sebab kenderaan ini tidak dapat berada dibahu jalan kerana bahu jalan sempit dan kemungkinan berada di tepi cerung. kalau lori balak yang ada balak di atasnya sudah tentu terbalik bila berada di tepi cerung. oleh itu jalan menjadi sempit tinggal satu lorong sahaja. bila waktu malam ianya menjadi lebih merbahaya kerana pandangan terhad.

oleh itu jangan lah salahkan sangat kepada pemandu tolong tengok-tengokkan jalan di negara kita ini sesuai atau tidak buat masa ini. kalau tidak ikhtiarkanlah buat dua lorong satu hala. memanglah belanja sangat besar tetapi hendakkah kita melihat kematian warga kita yang berterusan di atas jalan seperti ayam dilanggar kereta. mereka semua itu eset negara  yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

kecurian kabel telekom yang kian menjadi-jadi.

Tuan-tuan dan puan-puan seluruh rakyat Malaysia yang berjiwa penyayang dan prihatin. mempunyai ilmu dan kesedaran yang tinggi ,mempuyai tahap kecerdasan yang begitu pintar. sedar tak sedar kita semua sudah berada ditahap pembangunan dan perkembangan it yang begitu ketara. dengan adanya jalur lebar seluruh rakyat malaysia semua peringkat keturunan dan kedudukan mampu untuk menyediakan it jalur lebar di setiap rumah sejajar dengan hasrat kerajaan inginkan rakyat celik  it. ditengah-tengah kerancakan hebahan penggunaan jalur lebar ada seperti suatu wabak yang cukup menjelekkan iaitu kejadian yang berleluasa kecurian kabel talian tm yang disambungkan kerumah-rumah. kejadian ini dilakukan oleh manusia-manusia yang tidak bertamadun dan sangat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan pengguna lain.
sekiranya aktiviti ini tidak dibenteras sepenuhnya sudah pasti menyebabkan kerugian yang banyak kepada semua pihak samaada tm dan pengguna. manakal hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang celik it akan terbantut.

kejadian curi kabel ini sudah menular keseluruh tempat di malaysia ianya kerja jahat yang dilakukan pada waktu malam oleh remaja-remaja yang tidak suka berkerja tetapi memerlukan duit harian. mereka ini dengan rakusnya membelasah kabel telefon kemudian membakar dan mengambil isi didalam sebagai barang buruk yang dijual dengan harga yang mahal kepada pembeli atau pusat pengumpulan besi lusuh atau buruk.

bagaimanakah caranya untuk membenteras kegiatan yang merugikan ini. penguatkuasaan adalah mustahil kerana sudah tentu tidak ada daya upaya untuk pihak berkuasa mengawasi segenap tempat kerana kawasan yang sangat luas. oleh itu penduduk tempatan disarankan ambil peduli akan kejadian ini kerana sekiranya kabel telefon di curi talian kerumah penduduk sudah pasti akan terputus terus.

pihak tm pun sudah jenuh menggantikan kabel yang hilang ada sesetengah tempat ,siang dipasang kabel malam nya terus di curi. siapapun tidak akan dapat menanggung keadaan seumpama ini. selain menanggung kos setiap masa. saya menyarankan agar hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pencuri kabel itu termasuk mengganti kabel yang dicuri itu. mengadakan pemeriksaan mengejut di pusat pengumpulan barang buruk dan mengambil tindakan keras sekiranya didapati ada bahan-bahan yang dibeli itu berasaskan wayar telefon. dengan cara ini sekurang-kurangnya menyebabkan pusat pengumpulan barang lusuh tidak berani membeli barang tersebut.

akhir kalam saya menyeru agar semua pencuri pencuri kabel. hentilah dengan sesegeranya kerja jahat ini. lakukan kerja baik yang memberi munafaat kepada semua. ingat sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terlalu lama manusia-manusia jahat yang merosakkan orang ramai berada di atas muka bumiNya ini. sudah pasti akan diberi pembalasan segera samada kesakitan atau kematian. ingatlah juga bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara saja .segala kerja buat kita masa didunia akan di hitung kira di akhirat kelak.

sekian terima kasih.