Saturday, August 21, 2010

SAMAN EKOR

Salam satu Malaysia untuk semua rakyat Malaysia yang semuanya bersatu padu untuk kesejahtyeraan negara kita yang kita cintai ini Malaysia.
Merujuk tajuk di atas saya tertarik untuk memberi pandangan sedikit kerana saya pun juga termasuk orang yang memiliki saman ekor ni. Rasa-rasa banyak ekornya. Mula-mula hendak hurai istilah saman ekor ni. biasanya ekor-ekor adalah milik haiwan seperti beruk , ayam ,itik , gajah badak dan semua binatang yang ada di dalam hutan dan ada di luar hutan dan ada yang jinak dan ada yang liar serta buas. Jadi saman ekor ini termasuk dalam saman haiwanlah ya. Maaflah munkin kasar sedikit tetapi itu adalah pandangan peribadi saya.

Saya fikir-fikir saman ini adalah tidak sesuai dan tidak adil kepada pengguna jalan raya kerana saya pasti setiap orang yang biasa atau kerap berada di atas jalan raya akan memiliki saman ekor sekurang-kurangnya satu atau munkin lebih.Sebabnya saman ekor sangat mudah dilakukan oleh pihak berkuasa. pilih tempat yang had laju rendah kawasan 60km/j atau kawasan sekolah 30km/j sudah pasti hendak satu ribu lebih buah pun dapat dengan mudah. tidak ada pemandu yang turunkan kelajuannya 30km/j bila depan sekolah kecuali sudah dapat maklumat adanya perangkap laju di hadapan.

Oleh itu hentikan terus saman ekor ini. Bagi saman biasa yang ada surat itu cukup mudah dan berkesan tidaklah seperti pencuri. Pemandu pun puas hati kerana dapat menikmati kesalahan yang dilakukan dengan saman tersebut. Ini tidak tahu-tahu bila nak berurusan dengan jpj baru tahu ada saman ekor 14. Terkejut beruklah kawan itu. Balik dengan muka yang muram seperti bulan sakit Bukan bulan jatuh keriba. Fikiran berputar-putar mana nak cari duit nak langsaikan saman. akhirnya terpaksa jumpa kawan baik tapi ganas iaitu Ah Long.

Kerajaan kita Malaysia cukup kuat hidu bau akan kesusahan yang dihadapi rakyat dalam isu ini. Betul -betul rakyat di dahulukan. Mereka telah buat penangguhan pembayaran saman ekor ini.Harap-harap penangguhan ini akan terus tangguh sampai bila-bila. Sesungguhnya tiada daya upaya rakyat hendak membayar saman ekor yang banyak ini. Semoga dapat difikir-fikirkanlah kelemahan saman ekor ini kalau boleh hentikanlah. Kamera yang digunakan itu bolehlah diletak di muzium kepolisan agar dapat ditonton  oleh orang ramai. Tambahan pula kos pembelian kamera tu sudah lama balik modal sebab sudah banyak jasanya buat duit.

sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment