Saturday, August 21, 2010

Gejala Buang Bayi.

Salam satu Malaysia untuk rakyat Malaysia yang berbilang bangsa yang hidup harmoni dan tolong menolong antara satu sama lain. Seperti aur dengan tebing atau seperti isi dengan kuku.

Merujuk tajuk di atas adalah satu tajuk yang cukup memilukan dan menyedihkan semua yang ada dalam negara kita ini iaitu buang bayi. Semua bangsa saya pasti tidak dapat menerima situasi ini yang kian berleluasa . Hampir setiap hari atau berselang hari berita buang bayi disiarkan didada akhbar. Suatu ketika sampai 4 orang seminggu bayi dibuang begitu sahaja  bagaikan sampah. Mengapakah terjadi begitu kita seolah-olah kembali semula kezaman jahilliah yang tidak berperikemanusiaan menanam bayi hidup-hidup terutama bayi perempuan. Tetapi sekarang bukan bayi perempuan saja yang dibuang bahkan bayi lelaki juga. Semua tempat adalah sesuai untuk dijadikan tempat buang bayi. Dalam sungai, tong sampah, depan masjid , atas rumput dan lain lain tempat lagi. Ada yang masih hidup dan ada yang sudah hilang nyawa. Cukup sedih manusia yang ada agama dan pendidikan sanggup membuat keputusan yang begitu kejam dan zalim.
Wahai pembuang bayi fikiirkanlah sebelum bertindak melulu. Ingat iblis adalah pendorong anda berbuat demikian.Supaya anda bertambah dosa berlipat kali ganda. Pertama berzina kedua membunuh. Saya pasti anda akan dihantui rasa bersalah sepanjang hayat. Sentiasa terbayang perbuatan dosa yang anda lakukan.janganlah hampiri zina. Berzina merosakkan keturunan manusia dimuka bumi ini. Membuang pula merendahkan martabat manusia yang dikatakan sebaik-baik kejadian menjadi setaraf dan setara dengan sampah sarap.

Remaja-remaja kita adalah penyumbang terbesar dalam hal ini. Tolonglah berhati-hati batasi pergaulan agar perkara buruk tidak berlaku. lapan puluh enam peratus remaja yang hamil itu adalah atas dasar hubungan dengan buah hati atau teman lelaki. Manakala lapan puluh peratus teman lelaki tidak akan bertanggungjawab bila hamil. Bermakna teman lelaki lepas tangan atau lari menyembunyikan diri. Cuma enam peratus sahaja yang ambil tanggungjawab. Atas kerana inilah banyak bayi dibuang.Ingat setiap yang manis itu ada pahitnya setiap yang ketawa itu suatu ketika akan menangis jua. Kembalilah pada kehidupan yang penuh adat dan sopan santun jagalah tingkahlaku agar tidak mudah ditipu daya oleh iblis dan oleh manusia yang berhati iblis.

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment