Thursday, August 26, 2010

Negaraku Malaysia Tercinta.

Negaraku Malaysia cukup bertuah . Aman damai dan berdaulat. Rakyat hidup dalam penuh kemewahan. Pemerintah cukup perihatin  dan ikhlas mengurus takdbir negara. dengan cekap dan berkesan. Terima kasih dan syukur kepada Allah SWA yang melahirkan di bumi bertuah ini permata-permata yang bersinar menyinari seluruh alam bumi Malaysia ini. Ianya tak lain tak bukan perdana menteri-perdana menteri yang cekap pintar ikhlas dan bijak mengurus, tahu hala tuju dan berwawasan.

Sekarang negara kita begitu gah dimata dunia .Cukup berjaya berbanding dengan negara-negara sebelah menyebelah kita yang sudah jauh ketinggalan kebelakang. Taraf hidup rakyat yang masih dalam kemiskinan, susah dan melarat terpaksa bergadai nyawa menyeberangi lautan untuk mencari sesuap nasi dan sedikit ruang kehidupan yang selesa. Mereka ini datang dari segenap pelusuk dan ceruk rantau sehingga jumlahnya sangat ramai sehingga menyusahkan negara kita ini. Kesan daripada itu banyak berlaku jenayah yang menyebabkan kita berada dalam sedikit kegelisahan bila-bila masa sahaja boleh dirompak dan disamun. Mereka ini tidak mengamalkan sikap di mana bumi di pijak di situlah langit dijunjung sehingga menunjukkan lagak samsing layaknya negara ini milik mereka.

Ekoran begitu ramai orang asing di negara kita ini, kalau difikir-fikir dan direnung sedalam-dalamnya seolah-olah negara kita sedang dijajah oleh mereka secara tak langsung. Barangkali pemerintah negara kita sudah nampak keadaan ini rasa-rasanya sudah tidak terkawal . Kemasukan secara halal pun ada yang haram pun ada. Oleh itu bertindaklah sekarang jangan berlengah lagi. Bimbang  kalau-kalau suatu ketika kita telah terlambat terutama rakyat Indonesia yang begitu ramai hingga mencecah dua juta orang.

Dua juta bukan sedikit cukup ramai, bayangkan kalau dihimpunkan dalam satu padang sudah tentu cukup ramai dan memerlukan padang yang sangat luas. Mereka ini pula bukan manusia baik terdiri dari orang-orang yang tak tahu mengenang budi . Kita bagi bunga dibalas dengan najis. Kedutaan kita dilontar dengan najis, jalur gemilang kita telah dipijak-pijak dan dibakar cukup-cukup mencabar kesabaran kita. Setiap rakyat Malaysia sebak dan ingin menangis melihat perbuatan gila mereka ini.Dari budak kecil sehingga orang dewasa. Kita tahu mereka ini hidup susah orang yang hidup susah ini sanggup buat apa sahaja. Tambahan pula taraf pendidikan yang rendah boleh saja diperalatkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu dengan upah yang tak seberapa. Pihak pembangkang negara kita sudah tentu tersenyum lebar melihat suasana ini, kerana ada kecenderungan mereka melahirkan tidak puas hati mereka di Indonesia. Dan pihak media di Indonesia pun cukup-cukup memberi sokongan dalam hal ini.

Oleh itu Datuk Seri Najib perlulah buat sesuatu agar kesebakkan, kesedihan setiap hati rakyak Malaysia yang mengikuti peristiwa di Indonesia ini sedikit terubat. Kalau boleh rasa-rasanya kita patut buat seperti apa yang mereka buat itu. Meraka bakar bendera jalur gemilang kita kita bakar bendera mereka pula.Kalau mereka lontar najis kita pun ada najis juga. Tapi benda ini akan menjadi semakin besar dan kita akan turut bodah seperti mereka juga. Rakyat kita cukup cerdik dalam hal menangani masalah ini terutama pemuda-pemuda PKR mereka cuma berdiam diri saja tanpa sedikit pun buat bantahan. Dimanakah kesetiaan dan semangat jati diri puak-puak sikitol ini.

Memandangkan hal ini nampaknya agak serius langkah-langkah tertentu perlu diambil. Pertama kurangkan rakyat Indonesia yang sedang berada di negara kita ini. Jangan benarkan terlalu ramai rakyat asing di negara kita ini. Kita tak perlu mereka. Mereka menyusahkan kita. Sekiranya berlaku apa-apa yang lebih serius dengan Indonesia bagaimana dengan yang dua juta ini. Sudah tentu mereka tidak sokong kita.



Kedua , Sudah sampai masanya kita memperkuatkan bala tentera kita. Lengkapkan dengan senjata baru dan canggih kerana rasa-rasanya kita belum kemaskini peralatan tentera kita dengan kapal-kapal perang yang baru-baru. Yang ada sekarang sudak buruk dan lusuh sehingga menjadi ejekkan orang luar. Peruntukan besar perlu diberi kepada peralatan ini. Sudah pasti rakyat tidak marah atas dasar mempertahankan kedaulatan negara. Kalau perlu kurangkan sabsidi , sebab kerajaan kita terlalu manjakan rakyat hingga banyak kos tanggungan ke atas sabsidi dan bantuan.

Akhir kata kita sama-samalah berdoa agar Allah yang maha berkuasa melindungi negara kita yang tercinta ini dari segala bala bencana. Sesungguhnya Dia yang maha mengetahui hasrat setiap kita untuk hidup dalam aman dan damai serta tolong menolong antara tetangga seterusnya menjadi negara maju suatu ketika nanti

Sekian Terima Kasih. Wassalam..







 

No comments:

Post a Comment